Mohamad bin Hasan
| Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hassan |
|
|
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
|
|
|---|---|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 25 Mac 2004 |
|
| Didahului oleh | Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad |
|
Ahli DUN
untuk N27 Rantau |
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat Mac 2004 |
|
| Didahului oleh | Abd Ghani Hassan |
|
|
|
| Tarikh lahir | 2 Mei 1956 (57 tahun) |
| Tempat lahir | Rembau, Negeri Sembilan |
| Parti politik | Barisan Nasional, UMNO |
| Pasangan | Salbiah Tengku Nujumudin |
| Pekerjaan | Ahli bank, Ahli politik |
| Agama | Islam |
YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang terkini. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ahli majlis tertinggi UMNO dan ketua UMNO bahagian Rantau.
Isi kandungan |
Latarbelakang[sunting]
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1956.
Pendidikan[sunting]
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban. Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1977.
Kerjaya awal[sunting]
Dato Mohamad memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004).
Politik[sunting]
Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Datuk Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
Isu dan kontroversi[sunting]
RM10 juta ke United Kingdom[sunting]
Pada 22 Jun 2010, Loke Siew Fook (DAP-Rasah) menggesa Pejabat Peguam Negara mendedahkan penyaluran wang RM10 juta ke United Kingdom pada 2008 melalui perkhidmatan pengurup wang membabitkan Mohamad Hassan. Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Bank Negara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengurup wang yang terlibat dalam aktiviti pengiriman wang secara haram ke luar negara. Bank Negara telah membatalkan lesen pengurup wang terbabit . Aktiviti pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup wang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998. [1]
Lihat juga[sunting]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 25 Mac 2004 – kini |
Penyandang Kemudian |
| Tan Sri Isa Abdul Samad | ' |