Mohamed Atta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamed Atta
Kelahiran
Mohamed Atta
(dalam bahasa Arab: محمد عطا)

(1968-09-01)1 September 1968
Meninggal duniaSeptember 11, 2001(2001-09-11) (umur 33)
Pusat pendidikanUniversiti Kaherah
Universiti Teknik Hamburg-Harburg

Mohamed el-Amir Awad el-Sayed Atta (Arab: محمد محمد الأمير عوض السيد عطا, Templat:Semitic) (1 September 1968 – 11 September 2001) ialah salah seorang dalang dan juga ketua dalang serangan 11 September 2001 yang berkhidmat selaku juruterbang perampas Penerbangan 11 American Airlines yang menghempaskan pesawatnya kepada Menara Utara World Trade Center dalam serangan terselaras itu.[1][2][3][4]

Atta lahir pada tahun 1968 di sebuah pekan di Delta Nil Mesir, Atta sekeluarga berpindah ke bahagian Abdeen di Kaherah pada usia 10 tahun. Atta menelaah ilmu kejuruteraan di Universiti Kaherah, tamat pengajian pada tahun 1990, dan menyambungkan pelajarannya di Universiti Teknik Hamburg di Hamburg, Jerman. Di Hamburg, Atta terlibat dengan kegiatan Masjid al-Quds, di mana beliau mengenali Marwan al-Shehhi, Ramzi bin al-Shibh, dan Ziad Jarrah, lalu bersama-sama membentuk "sarang Hamburg". Atta menjauhi Jerman untuk seketika untuk meluangkan masa di Afghanistan, terutamanya sekitar tahun 1999–2000 apabila beliau bertemu dengan Osama bin Laden dan ketua-ketua atasan al-Qaeda yang lain. Atta bersama ahli-ahli sarang Hamburg cell yang lain direkrut oleh bin Laden dan Khalid Sheikh Mohammed untuk sebuah "operasi kapal terbang" di Amerika Syarikat. Atta kembali di Hamburgpada tahun Februari 2000, dan mulai bertanya tentang latihan penerbangan di Amerika Syarikat.

Atta tiba di Amerika Syarikat bersama Marwan al-Shehhi pada Jun 2000. Mereka berdua menyertai Program Juruterbang Dipercepat di Huffman Aviation, Florida. Atta dan Shehhi menerima pengadaran alatan pada November 2000, lalu meneruskan latihan dalam pensimulasi dan pesawat sebenar. Mulai Mei 2001, Atta membantu kedatangan perampas handalan. Pada Julai 2001, Atta pergi ke Sepayol untuk berjumpa dengan bin al-Shibh untuk bertukar maklumat dan memuktamadkan komplot. Pada bulan Ogos, Atta menaiki pesawat pemantau untuk menentukan butiran pelaksanaan serangan.

Pada awal September 2001, Atta pergi ke Maryland, di mana rakan seperjuangannya, Hani Hanjour berada ketika itu. Atta kemudiannya pergi ke Boston, dan pada 10 September, ke Portland, Maine bersama Abdulaziz al-Omari. Pada pagi 11 September, Atta dan Omari menaiki pesawat Colgan Air balik ke Boston, di mana mereka menaiki Penerbangan 11 American Airlines. 15 minit selepas berlepas, pasukan perampas itu pun melancarkan serangan dan Atta menawan pesawat itu. Pada 8:46 pagi, Atta menghempaskan pesawat Boeing 767 itu ke dalam Menara Utara World Trade Center.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fouda, Yosri (2006-10-01). "The laughing 9/11 bombers". The Sunday Times. London. Dicapai pada 2010-09-04.
  2. ^ Bernstein, Richard (10 September 2002). "On Path to the U.S. Skies, Plot Leader Met bin Laden". The New York Times. Dicapai pada 16 September 2008.
  3. ^ Fouda, Yosri (1 Oktober 2006). "Chilling message of the 9/11 plots". The Sunday Times. London. Dicapai pada 24 September 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Video of 9/11 ringleader Mohammed Atta posted by British news site". USA Today. 1 Oktober 2006. Dicapai pada 24 September 2008.
  5. ^ "Flight Path Study - American Airlines Flight 11" (PDF). National Transportation Safety Board. 2002-02-19. Dicapai pada 2008-05-25.