Mohamed Azmin Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR
Tempoh berjawat
28 November 2010 – kini
Didahului oleh Syed Husin Syed Ali
Digantikan oleh Incumbent

Ahli Parlimen
untuk P98 Gombak, Selangor
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – kini
Didahului oleh Datuk Dr. Rahman Ismail (BN)
Digantikan oleh penyandang
Majoriti 6,867

Ahli DUN
bagi kawasan Bukit Antarabangsa, Selangor
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – kini

Ahli DUN
bagi Hulu Klang, Selangor
Tempoh berjawat
1999 – 2004

Tarikh lahir 25 Ogos 1975
Tempat lahir Singapura
Parti politik Lambang keadilan.png PKR
Pasangan Shamshida Taharin
Anak Farah Shazliyana (1990), Mohamed Ameer Shazrin (1992), Farah Amira (1993), Farah Afifah (1995), Mohamed Basheer Noor Alhaq (2000), Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002).
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam
Laman web http://azminali.com/?page_id=4

YB Mohamed Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Di peringkat negeri Selangor, beliau adalah Ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan kini PKR Selangor.

Isi kandungan

[sunting] Keluarga

Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajah Che Tom Yahaya (78 tahun) menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi). Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Umi Hafilda menerusi Twitter. Pada 13 Januari 2012, Ummi buat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail . Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.Akhirnya Azwan dan Umi Hafilda berdamai.[1]


Adiknya Umi Hafilda Ali seorang penyokong UMNO tegar dan terlibat dengan fitnah 'Afifah anak Azmin-Shamsidar'[2] . Pada 6 Mei 2012, wawancara eksklusif stesen TV3 tentang ibunya Che Tom mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat melibatkan hubungan isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[sunting] Pendidikan

Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat.

[sunting] Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti sebanyak 6,867 undi. Beliau memperolehi 40,334 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 33,467 undi.

[sunting] Kontroversi

[sunting] Minah Ronggeng

Pada 27 Mei 2009, Malaysiakini melaporkan bahawa timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berulangkali menggelar Aminah Abdullah seorang calon bebas, sebagai ‘Minah Ronggeng' kerana mendakwa bahawa tuduhan Aminah mengenai tawaran sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti itu tidak berasas sama sekali. [3][4]

[sunting] Saham RM8.5 juta

Pada 14 November 2009, beliau menafikan beliau, isteri serta iparnya membeli saham bernilai RM8.5 juta seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Pemuda MIC yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran. Vicneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Sepanjang tempoh tiga tahun mulai 1992, Azmin didakwa telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham manakala jumlah saham yang dibeli Shamshida mencecah RM8.5 juta.[5] Sehingga awal 2010, tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah/umum bagi menyokong dakwaan tersebut. beliau dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk bertindak melalui prosiding undang-undang terhadap pihak yang membuat kenyataan tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil oleh beliau.

[sunting] Fitnah sex

Pada April 2012, Azmin Ali mendakwa bahawa pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada dirinya. Antaranya, video yang memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam tandas dan modus operandi ini sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah turut dilemparkan ke atas isteri dan anaknya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham . Kemudiannya beliau dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan semasa Bersih 3.0 beliau dituduh mencetuskan provokasi.[6]

Azmin Ali, isteri serta anak kecil mereka telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Hasil ujian DNA jelas menyebut serta mengesahkan Azmin dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak mereka. 'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). ' [7]

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain