Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (lahir 1950) merupakan rakyat Malaysia yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan dan juga Pengarah Eksekutif bukan bebas semenjak 2004.[1]

Latarbelakang akademik[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa) Universiti Sains Malaysia dan juga mempunyai Sijil Kewartawanan Politeknik Wellington New Zealand.



Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin terbabit dengan pelancaran Rentap Fustal Putrajaya 2 Kosmo! 2011, yang diiktiraf sebagai acara futsal paling besar yang pernah diadakan di negara ini dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Kejohanan itu juga mencatat rekod bilangan peserta paling ramai dalam sejarah penganjuran acara futsal di satu tempat iaitu sebanyak 16,010 peserta selama tiga hari sepanjang pertandingan itu dijalankan. Plak rekod MBOR tersebut ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. Turut menyaksikan detik bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin dan Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi.[2]

Pada 22 September 2011, beliau melancarkan buku 'Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah' . Buku ini merupakan koleksi 33 cerita pelik dan teladan dari majalah Mastika dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]