Mohamed Mahbob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Mohamed Mahbob adalah Menteri Besar Johor Ke-2 (16 Julai 1920 - 1 September 1922) selepas Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (1886 - Julai 1920). Selepas Mohamad Mahbob ialah Dato' Abdullah Jaafar (September 1923 - 1928). Mohamed Mahbob pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sebelum dilantik sebagai Menteri Besar.Datok Mohamed Jaafar pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Johor selepas Datuk Bentara Dalam Ibrahim b Haji Abdullah Munsyi.[1]

Ekonomi Johor [sunting]

Terdapat beberapa pengusaha dari Jepun. Antaranya ialah Retsunosuke Kawashima telah dibenarkan membuka tanah 1000 ekar untuk penanaman padi dan pertanian komersial di Chohong, Muar . Mohamed Mahbob selaku Setiausaha kerajaan Johor mengalu-alukan pelabur dari Jepun untuk mengusahakan sawah padi.[2]

Sultan Johor juga memperkenankan permohonan tanah daripada Syarikat Consolidated Sango Koshi Limited di Jalan Batu Pahat dan kawasan hutan di daerah Kukup, bertentangan dengan Estet Namazie.Getah di kawasan itu akan menggantikan nanas. Syarikat itu membina sebuah jeti dibina di Pengerang / Tanjung Pengelih bagi memudahkan jalan laut ke Singapura.Lokasinya kini di Tanjung Belungkor berhadapan dengan Pulau Tekong Besar.[3]

Meninggal dunia [sunting]

Beliau lahir pada 1852 dan meninggal dunia pada 1926 di Johor. Anaknya bernama Awang Arsad, Mohd Kassim dan Mohd Nordin. Saudaranya Mandak Hatijah.

Rujukan [sunting]

  1. []
  2. State Commissioner, Muar, 20 April 1898. Fail General Advisor, No. 692/1932
  3. Penglibatan Orang Jepun dan Ekonomi Johor


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
19201922
Penyandang Kemudian
Jaafar bin Haji Muhammad Abdullah Jaafar