Mohamed Salleh Abas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Salleh Abas.jpg
Tun Salleh Abas

Tun Mohamed Salleh Abas (Lahir 25 Ogos 1929) ialah bekas Ketua Hakim Negara Malaysia dan juga bekas ADUN. Beliau terkenal sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan pada tahun 1988, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya. Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kampung Raja, Besut, Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazahnya dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.[1]

Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Suffian Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. Ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mangkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.[1]

Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada Majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbingan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Salleh kemudian menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan ini kerana mempercayai bahawa beliau tidak akan dipecat jika hubungan dengan Majlis Privy masih dikekalkan.[1] Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988[sunting | sunting sumber]

Selepas sabitan[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (D.K.)", pingat tertinggi yang boleh dianugerahkan oleh Sultan Kelantan.[2] Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, Salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Salleh Abas telah menjadi calon beberapa pilihan raya di Malaysia. Dalam pilihan raya 1995, beliau bertanding di Lembah Pantai atas tiket Semangat 46. Namun ditewaskan oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 13,361 undi.[4]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]