Mohammad Fairus Khairuddin
Mohammad Fairus Khairudin merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri I bagi negeri Pulau Pinang. Mulanya beliau ADUN PKR di Penanti,Pulau Pinang kemudian berhijrah ke parti UMNO pada 28 Frebruari 2010.
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Beliau berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan cucu bekas Penghulu Guar Perahu Abdullah bin Din (Tok Wan Lah).
Pendidikan [sunting]
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.
Politik [sunting]
Beliau merupakan bekas penasihat Biro Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga adalah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Selayang dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Mohammad Fairus memulakan kerjaya awal dengan menyertai beberapa organisasi korporat gergasi tempatan dan antarabangsa, antaranya Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia, Uni Asia Life Assurance Bhd kemudian menjadi perunding bebas.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang [sunting]
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah menang kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang dengan 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari Barisan Nasional yang hanya mendapat 667 undi.
Beliau dilantik ke jawatan itu setelah pakatan parti yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membentuk kerajaan Pulau Pinang ekoran kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Dalam tugas barisan exco kerajaan Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.
Meletakkan jawatan [sunting]
Pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti selepas disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari haram di Seberang Perai, Pulau Pinang. Namun begitu, namanya dibersihkan selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tiada bukti . Dalam pilihan raya berikutnya, calon Parti Keadilan Rakyat Dr Mansor Othman memenangi pilihan raya kecil ini.
Dakwaan rasuah kuari haram [sunting]
Ketua Menteri Lim Guan Eng menyatakan kerajaan negeri menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa terlibat dalam isu di bawah deklarasi royalti sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri.Laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang yang mengetuai siasatan itu.
Pada 31 Mac , kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga kuari bertujuan memudahkan siasatan.Siasatan itu melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.Kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd. PKR, SPRM dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.
Fairus dikatakan meletakkan jawatan kerana mahu belajar di peringkat sarjana. Ketika khidmatnya diperlukan sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau meletakkan jawatan. [1]
Kereta rasmi diambil balik [sunting]
Pada April 2009, Azizah Hassan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang mengambil kereta rasmi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di hadapan rumah Mohammad Fairus Khairuddin di Taman Guar Perahu,Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kereta Mercedes Benz S320 berwarna hitam itu menggunakan nombor plat P1. Kereta itu dibawa ke tempat simpanan kereta kerajaan negeri di Batu Gantung demi keselamatan harta kerajaan.[2]
Menyertai UMNO [sunting]
Pada 28 Februari 2010, Fairus Khairuddin mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Beliau dilihat bersama dengan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Silat Seni Gayong di Ampang, Selangor. Sebelum ini ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim melompat menjadi ahli parlimen Bebas kerana marahkan Ketua Menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng.Fairus menerima sijil keahlian Umno daripada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Raof Yusoh.
Sebab utama yang membawa kepada keputusan penting beliau menyertai UMNO dan meninggalkan PKR adalah kerana beliau tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu kontroversi 'Allah'. [3]
Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa PKR diminta melunaskan hutang dua kereta mewah dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya. Dia adalah bebanan dan tindakannya keluar parti amat dialu-alukan.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ Isu rasuah: SPRM telah bersihkan nama saya, kata Fairuz
- ↑ Pejabat SUK ambil kereta rasmi Mohammad Fairus
- ↑ PKR’s Fairus joins Umno Malaysian Insider
- ↑ [PKR Amal Politik Kebudak-Budakan - Mohammad Fairus]