Mohammed Atef

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammed Atef
Lahir1944,[1] 1951,[2] 1956[2]
Menoufya[1] atau Iskandariah[2]
Mati14–16 November 2001[1]
Ditahan diKem Teluk Guantanamo
Nama lainAbu Hafs al-Masri,
al-Khabir,[3]
Taysir Abdullah,[1]
Abu Khadijah,[1]
Abu Fatima[4]

Mohammed Atef (Arab: محمد عاطف, Muḥammad ‘Āṭaf) (lahir sebagai Sobhi Abu Setta,[1] juga dikenali sebagai Abu Hafs al-Masri) dipercayai merupakan ketua tentera al-Qaeda, walaupun peranannya dalam pertubuhan itu tidak begitu dikenali oleh agensi-agensi perisikan selama ini.[1] Kematiannya pada November 2001 merupakan salah satu kemenangan terawal buat Amerika Syarikat dalam Perang Terhadap Keganasan.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Atef berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir selama dua tahun, kemudian menjadi jurutera pertanian.[1][5] Beliau merupakan pegawai polis dan ahli kumpulan Jihad Islam Mesir sebelum berpindah ke Afghanistan untuk menentang serangan Soviet,[3] sambil beroperasi dari Peshawar.[6] Beliau dipercayai meyakinkan Abdullah Azzam supaya meninggalkan kehidupan biasanya untuk mengabdikan diri kepada penganjuran jihad ketika ini.[6]

Atef dihantar ke sebuah kem latihan di Afghanistan, di mana beliau bertemu dengan Ayman al-Zawahiri yang kemudiannya menemukan beliau dengan Osama bin Laden.[1]

Atef menghadiri dua perjumpaan pada 11–20 Ogos 1988, di samping Bin Laden, al-Zawahiri, Mamdouh Mahmud Salim, Jamal al-Fadl, Wael Hamza Julaidan, Mohammed Loay Bayazid dan lapan orang lain, untuk membincangkan penubuhan "al-Qaeda".[7] Bin Laden kemudiannya menghantar sepucuk surat kepada Mohammed Loay Bayazid sebagai makluman bahawa Atef dan Abu Ubaidah al-Banshiri masing-masing akan diberi 6,500 riyal Saudi sebulan, iaitu jumlah gaji yang sama dengan Maktab al-Khidamat.[8]

Di Sudan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, Atef mengikut al-Qaeda ke Sudan dan menetap di situ sehingga kumpulan itu diusir,[9] ekoran penghukuman mati anak remaja Ahmad Salama Mabruk. Atef berpindah ke Afghanistan.[10][11]

Pada tahun 1994, beliau enggan membenarkan perisik bermuka dua Amerika Syarikat, Ali Mohammed untuk mengetahui nama dan pasport yang dipakainya atas kebimbangan bahawa Mohammed mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa AS.[12] Beliau pergi ke Mombasa, Kenya dan berjumpa dengan Mohammed Odeh yang memberinya wang untuk membeli sebuah kapal pukat tunda 7 tan dan memulakan perusahaan perikanan.[13][14][15]

Sewaktu di Sudan, Atef dipercayai melakukan kajian yang menerangkan kepada al-Qaeda sebab-sebab merampas pesawat itu bukan idea yang bagus kerana diatur untuk membolehkan rundingan pertukaran tebusan dengan tahanan, daripada menyebabkan kemusnahan.[16] Satu lagi kajian yang dipercayai dijalankannya mendapati bahawa kaum Arab Afghan dan Taliban mampu bersama-sama menjatuhkan pemerintahan diktator Pervez Musharraf di Pakistan, serta kerajaan Iran.[17]

Pada tahun 1995, Atef memberi Khalid Sheikh Mohammed butir-butiran untuk perhubungan di Brazil.[18] Apabila Mohammed kembali ke Afghanistan, beliau meminta bantuan Atef untuk bersidang dengan Bin Laden di Tora Bora, di mana beliau menerangkan rancangan membuat serangan ketenteraan terhadap AS kepada mereka berdua.[18]

Sebelum tahun 1996, Abu Ubaidah al-Banshiri, Atef dan Yaseen al-Iraqi menolong Enaam Arnaout untuk membeli senjata AK-47 dan peluru mortar daripada seorang anggota puak Pashtun yang bernama Hajjji Ayoub, untuk diangkut dalam lori besar ke kem-kem latihan Jawr dan Jihad Wahl.[19]

Perlantikan sebagai ketua tentera[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, ketua tentera al-Qaeda, Abu Ubaidah al-Banshiri lemas dalam kemalangan feri di Tasik Victoria, maka Atef dipilih sebagai penggantinya.[20] Beliau mengaturkan rancangan yang merumuskan sifat-sifat positif pemimpin Taliban, serta menunjukkan "kefahaman bernuansa" bahawa Amerika Syarikat mempunyai kepentingan tenaga di Laut Kaspia sehingga mahu membina talian paip minyak merentas Afghanistan pada masa depan yang terdekat.[14]

Pada tahun 1998, Atef terang-terangan dicaci oleh beberapa orang militan, sehingga Bin Laden terpaksa mengadakan persidangan untuk bercerita panjang lebar mengenai ketaatan Abu Bakar as-Siddiq kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dengan membandingkan Atef dengan sahabat Nabi itu, beliau mengingatkan para hadirian bahawa Atef "mengenali Jihad sebelum lahirnya kebanyakan kalian", serta memberi mereka amaran bahawa beliau tidak ingin mendengar sebarang "umpatan negatif" tentang Atef lagi.[21]

Atef dipercayai dihantar ke Somalia sekurang-kurangnya dua kali untuk bertemu dengan para ketua puak, dan sekali pernah melarikan diri dengan menaiki sebuah pesawat Cessna kecil yang digunakan untuk mengangkut khat.[22] Bertahun-tahun kemudian, seorang saksi memberitahu pihak berkuasa Amerika bahawa beliau menerbangkan Atef dan empat orang lain dari sebuah markas al-Qaeda di Sudan, ke Nairobi, Kenya untuk melatih pejuang Somalia.[23] Dengan itu, Amerika Syarikat menuduh Atef kerana melatih puak militan yang menyerang tentera AS dalam Pertempuran Mogadishu pada tahun 1993.[14]

Pengeboman kedutaan 1998[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 1998, Atef menghantar faks kepada Bin Laden tentang fatwa yang ditandatangi oleh para ilmuwan Afghan pada 7 Mei, yang merestui serangan terhadap orang awam Amerika Syairkat.[24] Tiga bulan kemudian, al-Qaeda menjalankan pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998, maka Atef didakwa kerana terlibat dalam persiapan untuk serangan itu.[1]

Ekoran serangan balas Amerika, Atef meraba periksa para wartawan yang ingin berjumpa dengan Bin Laden.[1] Pada 4 November, waran tangkap untuk Atef dikeluarkan di AS.[25]

Atef juga turut berbual dengan Hambali di Singapura yang memburu pembiayaan al-Qaeda untuk operasi Jemaah Islamiyah.[26] Sebagai balasan, apabila Atef memberitahu Hambali akan keperluan al-Qaeda untuk jurutera biologi yang baru, Hambali mengutuskan Yazid Sufaat kepada al-Zawahiri.[26]

Merancang kegiatan militan lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999, beliau dibicarakan in absentia oleh mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas penglibatannya dengan Jihad Islam Mesir.[27] Pada tahun itu, beliau berulang kali berjumpa dengan Bin Laden dan Khalid Sheikh Mohammed di kompleks Al-Matar untuk membincangkan sasaran serangan 9/11.[28] Menjelang akhir tahun, beliau berjumpa dengan Ramzi bin al-Shibh, Mohamed Atta dan Ziad Jarrah lalu menjelaskan bahawa mereka akan melakukan operasi yang teramat rahsia dengan usahasama bersama Nawaf al-Hazmi yang dipanggilnya Rabia al-Makki.[26]

Ekoran pengeboman USS Cole pada tahun 2000, Atef dipindahkan ke Kandahar, Zawahiri ke Kabul, sementara Bin Laden lari ke Kabul, kemudiannya menyertai Atef setelah menyedari bahawa tiadanya serangan balas Amerika yang akan menyusul.[29]

Pada Januari 2001, di Kandahar, anak perempuan Atef mengahwini anak lelaki Laden iaitu Mohammed yang berumur 117 tahun; antara lebih 400 orang tetamu majlis pernikahan ini ialah ibu Osama, wartawan al-Jazeera, Ahmad Zaidan, beberapa ahli Taliban.[14][30]

Pada tahun yang sama, Mullah Omar dipercayai berhujah agar Bin Laden tidak melancarkan sebarang tindakan balas terhadap Afghanistan dengan menyerang AS lagi. Ini mencetuskan satu perpecahan di kalangan kepimpinan al-Qaeda, yang mana Atef berpihak dengan Bin Laden, sementara pemimpin-pemimpin seperti Saif al Adel menyebelahi Omar.[31]

Atef dipercayai memberi José Padilla wang untuk pulang ke Mesir dari Afghanistan untuk menziarahi isterinya. Kemudian, mereka berdua menjalin hubungan sebagai rakan sekerja. Beliau juga membiayai perjalanan Ramzi bin al-Shibh dari Karachi ke Malaysia untuk bertemu dengan Atta.[32] Apabila David Hicks menyiapkan latihan di al-Farouq, Atef menemu bualnya tentang pencapaiannya serta bertanya tentang tabiat pelancongan warga Australia, sebelum bersetuju dengan usul bahawa dia wajar dipindahkan ke kem latihan Ladang Tarnak.[33]

Selepas serangan 11 September 2001, Atef yang masih melarikan diri daripada dakwaan atas pengeboman kedutaan pada tahun 1998, muncul dalam senarai awal 22 Pengganas Paling Dikehendaki oleh FBI yang diumumkan oleh Presiden Bush pada 10 Oktober 2001. Debka.com membayangkan bahawa Atef mengetuai sebuah "unit militan elit" yang menawan dan membunuh hulubalang musuh, Abdul Haq pada Oktober 2001.[34]

Pada awal November 2001, kerajaan Taliban mengumumkan hasratnya untuk mengurniakan kewarganegaraan Afghanistan kepada Atef dan juga Bin Laden, Zawahiri, Saif al-Adl, dan Syaikh Asim Abdulrahman.[35]

Disifatkan sebagai seorang yang "taat" dan "amat menyepi", Atef ialah salah seorang pemimpin al-Qaeda yang tidak membuat kenyataan video umum.[1] Beliau dipercayai mengarang sebuah buku panduan 180 halaman yang bertajuk "Kajian Ketenteraan dalam Perjuangan Suci Terhadap Penzalim", serta mengelola kem-kem latihan Afghan dengan sendiri himself.[27]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Atef terbunuh bersama penjaganya Abu Ali al-Yafi'i dan enam orang lain,[36][37] dalam serangan udara AS di tempat tinggalnya dekat Kabul sewaktu serangan terhadap Afghanistan sekitar 14–16 November 2001.[1] Pihak perisikan AS memintas perhubungan daripada orang yang menggali runtuhan rumah Atef sehingga percaya bahawa mereka berjaya membunuh Atef.[3] Menurut Pusat Melawan Pengganasan, beliau dibunuh dalam serangan ke atas sebuah "kubu al-Qaeda".[38]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m Dawoud, Khaled.The Guardian, Mohammed Atef, 19 November 2001
  2. ^ a b c Department of the Treasury, Designated Nationals List, 20 April 2009
  3. ^ a b c CNN, suggest al Qaeda military chief killed, November 17, 2001
  4. ^ United States v. Usama bin Laden, Transcript of Day 8
  5. ^ Potomac Books, "Through Our Enemies Eyes", p. 95.
  6. ^ a b Raman, B. South Asia Analysis Group, Afghan Ops, 20 November 2001
  7. ^ Wright, Lawrence. "The Looming Tower", 2006. p. 131-134
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan shay tidak disediakan
  9. ^ Foreign and Commonwealth Office, Responsibility for the terrorist atrocities, 4 Oktober 2001
  10. ^ Human Rights Watch,Chapter VI: Muhammad al-Zawahiri and Hussain al-Zawahiri
  11. ^ Kushner, Harvey W. "Encyclopedia of Terrorism", 2002. Atef, Muhammad p. 56
  12. ^ Sullivan, John. Raleigh News and Observer, "Al-Qaeda Terrorist Duped FBI, Army", October 21, 2001
  13. ^ Simon Reeve, The New Jackals: Ramzi Yousef, Osama bin Laden and the future of terrorism, London: Deutsch Limited, 1999, p. 4
  14. ^ a b c d Bergen, Peter. "The Osama bin Laden I Know", 2006
  15. ^ United States of America v. Usama bin Laden et al, May 1, 2001 proceedings
  16. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 153
  17. ^ Al-Sharq al-Awsat, Analysis: Al-Qa'ida Military Training on the Internet, 16 Februari 2002
  18. ^ a b National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 148
  19. ^ Fitzgerald, Patrick J. United States of America v. Enaam M. Arnaout, "Governments Evidentiary Proffer Supporting the Admissibility of Co-Conspirator Statements", before Hon. Suzanne B. Conlon
  20. ^ Lance, Peter. "Triple-Cross", 2006. p. 104-105
  21. ^ Ressa, Maria. "Seeds of Terror", 2003.
  22. ^ Benjamin, Daniel & Steven Simon. "The Age of Sacred Terror", 2002
  23. ^ Miller, Judity. New York Times, "A Witness Against Al-Qaeda Says the US Let Him Down", 3 Jun 2002
  24. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 69
  25. ^ USA v. Muhammad Atef, Southern District of New York District Court, November 24, 1998
  26. ^ a b c National Commission on Terrorist Attacks,9/11 Commission, p. 151 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "fifty" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  27. ^ a b Nasrawi, Salah. Chicago Sun-Times, "Key bin Laden aide wrote terror manual", 17 November 2001
  28. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 155
  29. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 191
  30. ^ Newsweek, "Bin Laden's Poetry of Terror", March 26, 2001
  31. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 251
  32. ^ National Commission on Terrorist Attacks, 9/11 Commission, p. 243
  33. ^ United States v. David Matthew Hicks, June 2004
  34. ^ Debka.com, Abdul Haq fell into trap laid by Bin Laden, 29 Oktober 2001
  35. ^ The Hindu, Taliban grants Osama citizenship, 9 November 2001
  36. ^ World News Connection, Al-Qa'ida member recalls US bombardment, accuses Taliban of betrayal, 29 Oktober 2003
  37. ^ Associated Press,Taliban confirms death of Osama bin Laden's military chief in US strike, November 17, 2001
  38. ^ "Abu Hafs Al Masri" (PDF). Combatting Terrorism Center. Dicapai pada 2010-04-29. Fortunately, Abu Hafs was killed in an al-Qa’ida safehouse in Kabul, Afghanistan, in November of 2001, when it was bombed by coalition aircraft. This was a significant blow to al-Qa’ida, as they lost one of their most stalwart and capable members. Moreover, it was a huge loss to bin Laden who lost not only his senior military commander, but also a close companion who had been with him since the very beginning of the al-Qa’ida organization.