Muhammad Deif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohammed Deif)
Mohammed Deif
Kelahiran
Mohammed Diab Ibrahim al-Masri

1965 (umur 58–59)
Warganegara Negara Palestin
Nama lainAbu Khaled
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaKomander Tentera Tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam
PasanganWidad (2007–2014[1])
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Hamas
PerkhidmatanBriged Izzuddin Al-Qassam
PangkatKetua

Mohammed Deif (Arab: محمّد ضيف; lahir 1965 di Khan Yunis), lahir sebagai Mohammed Diab Ibrahim al-Masri,[2] ialah seorang warga Palestin, dan komander tentera tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Dia merupakan orang 'paling dikehendaki' oleh Israel selama 24 tahun sejak 1995 di atas keterlibatan langsung dalam serangan terhadap Israel seperti membunuh tentera IDF, pengeboman berani mati dan penculikan.[3] Cubaan terakhir Israel untuk membunuh Deif berlaku dalam sebuah serangan udara pada 19 Ogos 2014.[4] Hamas menafikan Deif terbunuh. Isteri, bayi lelaki dan anak perempuan Deif meninggal dunia dalam serangan tersebut.[5][6]

Jabatan Negara Amerika Syarikat menambah Deif dalam senarai 'Pengganas Global Khas Ditetapkan' pada 8 September 2015.[7][8]

Kerjaya Hamas[sunting | sunting sumber]

Deif mempelajari kemahiran memasang alat letupan reka ganti daripada Yahya Ayash.[9] Selepas pembunuhan Ayyash, beliau mula memainkan peranannya dalam Briged Izzuddin al-Qassam.[9]

Deif menjadi komander Briged Izzuddin Al-Qassam selepas Israel membunuh Solah Syahadah pada Julai 2002.[10] Israel mengesyaki beliau menjadi pembuat bom dan mempertanggungjawabkan beliau terhadap kematian orang awam akibat pengeboman berani mati sejak 1996, termasuk pengeboman bas Jalan Jaffa di Baitulmaqdis. Beliau dianggap sebagai pereka roket Qassam bersama dengan Nidal Fat'hi Rabah Farahat dan Adnan al-Ghoul. Beliau berada dalam tahanan Palestin dari Mei 2000 hingga April 2001. Deif merupakan orang yang paling dikehendaki Israel selama beberapa tahun.

Percubaan membunuh terhadap Deif[sunting | sunting sumber]

Deif telah terselamat daripada empat serangan Israel, yang menyebabkan beliau mengalami kecacatan. Pada Ogos 2001, sebuah helikopter Apache Israel menembak peluru berpandu ke kereta yang dinaikinya.[11]

Beliau dilaporkan maut dalam satu lagi serangan udara pada 27 September 2002, namun disahkan selamat oleh seorang pegawai Israel.[12]

Pada 2003, Israel cuba menyerang Deif dalam sebuah apartmen, namun beliau dan rakannya melarikan diri pada saat-saat terakhir.[11]

Pada pagi 12 Julai 2006 pula, pesawat Israel meletupkan sebuah rumah di mana para pemimpin Hamas bermesyuarat. Deif terselamat, namun tulang belakangnya cedera.[13] Selepas peristiwa ini, Ahmad al-Ja'bari menjadi komander sementara sayap tentera Hamas.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thousands mourn slain wife, baby of Hamas commander". GMA News Online. Dicapai pada 9 September 2015.
  2. ^ "Hamas Confirms: Mohammed Deif is Still Alive". Arutz Sheva. Dicapai pada 9 September 2015.
  3. ^ "Who is Mohammed Deif?". Haaretz. 20 August 2014.
  4. ^ "Hamas' military chief believed to have been killed in airstrike, sources say". Fox News. Dicapai pada 9 September 2015.
  5. ^ "Gaza: Hamas claims its military commander Mohammed Deif is alive". First Post. 20 August 2014.
  6. ^ "Body of Deif's daughter, 3, pulled from Gaza rubble". The Daily Star Newspaper - Lebanon. Dicapai pada 9 September 2015.
  7. ^ "US Blacklists 4 Hamas, Hezbollah Operatives". The New York Times. 8 September 2015.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Terrorist Designations of Yahya Sinwar, Rawhi Mushtaha, and Muhammed Deif". United States Department of State. 8 September 2015. Dicapai pada 9 September 2015.
  9. ^ a b "Mohammad Deif – Head of the Armed Wing". IDF. 21 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-20. Dicapai pada 15 November 2012.
  10. ^ Asser, Martin (26 September 2002). "Profile: Hamas commander Mohammed Deif". BBC. Dicapai pada 15 November 2012.
  11. ^ a b "Mohammed Deif..The Well-known name but unknown face". Ezzedeen Al-Qassam Brigades. 21-01-2007. Dicapai pada 25 Julai 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ "Official: Hamas target survives Israeli attack". CNN. 27 September 2002. Dicapai pada 15 November 2012.
  13. ^ "Israel's Most Wanted Man Seriously Injured In Bombing". WLTX. Bandar Gaza. AP. 12 Julai 2006. Dicapai pada 15 November 2012.
  14. ^ Chabin, Michele (14 November 2012). "Israelis brace for attacks after Hamas leader killed". USA Today. Jerusalem. Dicapai pada 17 November 2012.