Mohd Nizar Najib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nizar Najib

DSAP (Pahang)
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Memegang jawatan
2 Disember 2022
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Peramu Jaya
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Didahului olehSh Mohmed Puzi Sh Ali
Butiran peribadi
LahirMohd Nizar bin Mohammad Najib
(1978-05-11) 11 Mei 1978 (umur 45)
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Nur Sharmila Shaheen
Anak-anak5
IbuTengku Puteri Zainah Tengku Eskandar
BapaNajib Razak
Alma materUniversiti Nottingham
PekerjaanAhli Perniagaan

Yang Berhormat Dato' Mohd Nizar bin Dato' Sri Mohammad Najib (lahir 11 Mei 1978)[1] merupakan anak bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak dengan isteri pertama, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik.

Biodata Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau bekerja sebagai perunding serta akauntan dan menetap di Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Isteri beliau bernama Nur Sharmila Shaheen dan dikurniakan lima orang anak. Mereka berkahwin pada 2004. Anak pertama Mohd Nabil adalah cicit pertama Tun Abdul Razak. Ibu mentua Nizar ialah Datuk Maznah Hamid dan bapa mentua, Shaheen Mirza.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.[3]

Kini beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan sejak 2018.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anak-anak yakin Najib mampu berkhidmat cemerlang.
  2. ^ [1][pautan mati kekal], "Najib Menimbang Cucu Pertama", Bernama Online, 23 September, 2006.
  3. ^ [2] Diarkibkan 2008-10-21 di Wayback Machine, "Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah", Agenda Daily, 29 Oktober 2006.
  4. ^ Anak Najib menang Ketua Pemuda Pekan
  5. ^ Semakan Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang