Mohd. Salleh Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Ustaz

Mohd. Salleh Man
Salleh-man.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
25 Ogos 2009
Didahului oleh Mohd Hamdan Abdul Rahman
Majoriti 4,551

Bangsa Malaysia
Parti politik PAS logo.svg PR-PAS
Anak 5
Pekerjaan Ahli akademik, Ahli politik
Religion Islam

Y.B. Dato' Ustaz Mohd. Salleh Man merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang. Beliau mula menjawat jawatan tersebut setelah menang bertanding di atas tiket PAS di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009.Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 di DUN NO3 Pinang Tunggal, Mohd Salleh Man (Pas) tewas kepada Datuk Roslan Saidin BN/UMNO.Roslan Saidin mendapat 8,941 undi. Sementara saingannya Mohd Salleh Man (Pas) mendapat 2,653 undi.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

YB Ustaz Salleh Man mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Beliau juga mempunyai kelulusan 5 Thanawi yang dipelajarinya dari Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai. Selepas pengajian menengah beliau pergi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.

Pengalaman Kerja[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Masjid dan juga menjadi penceramah Bebas. Beliau juga pernah menjadi pengurus sekolah swasta.

Jawatan Dalam Parti[sunting | sunting sumber]

Di antara jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau termasuklah:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]