Mohd Abdul Wahid Endut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Mohd Abdul Wahid Endut
Mohd Abdul Wahid Endut

Ahli Parlimen
untuk P36 Kuala Terengganu, Terengganu
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
17 Januari 2009
Didahului oleh Datuk Razali Ismail
Majoriti 2,631

Ahli Dewan Undangan Terengganu
bagi kawasan N38 Wakaf Mempelam
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1990
Majoriti 2,193

Tarikh lahir 29 September 1957
Tempat lahir Kuala Terengganu
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Wan Fatimah Wan Abdullah
Anak 9 anak
Agama Islam

Mohd Abdul Wahid Endut merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sejak 2009 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Wakaf Mempelam sejak 1990. Beliau dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau tinggal di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan negeri Terengganu, Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri dari tahun 1999-2004 ketika pemerintahan PAS di Terengganu. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak tahun 1990 – hingga sekarang dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991-1993.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Othman Awang di DUN Wakaf Mempelam, Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,193. Beliau mendapat 9,645 undi berbanding lawannya hanya mendapat 7,452 undi. Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 2,631 undi. Lawan beliau, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding beliau mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon bebas hanya mendapat 193 undi.

Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah (bekerja sebagai Guru (P.K. HEM)) bersama 9 orang anak yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.