Mamat Exists

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Ali bin Kamarudin)
Mamat
Kelahiran
Mohd Ali bin Kamarudin

(1978-04-23) 23 April 1978 (umur 45)
PasanganMarshila Mustapha Kamal (k. 2001; c. 2009)
Anak-anak3
Ibu bapaKamarudin Samad (bapa)
Jawiyah Hamid (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop Rock
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1991–kini
Syarikat rakaman
  • Jojo's Production
    (1995—1996)
  • FMC Music
    (2003—2006)
Pengkarya berkait
Exists

Mohd Ali Kamarudin (lahir 23 April 1978) atau lebih dikenali sebagai Mamat Exists ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah bekas vokalis kepada kumpulan pop rock Exists. Beliau bergerak secara solo pada tahun 1995 dan popular dengan lagu Salju Di Danau Rindu dan Hanya Engkau Kekasih.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik ketika berusia 12 tahun bersama kumpulan remaja Exists pada tahun 1990an. Beliau disingkirkan Exists pada 1994 dan meneruskan kerjaya Joget secara solo.[2] Pada tahun 1995, Mamat muncul dengan album solo pertamanya berjudul Oh Momok Jangan Cari Pasal yang diterbitkan oleh Mat Penang di bawah label Jojo Datang Lagi. Lagu hit dalam album ini ialah Salju Di Danau Rindu.

Gegar Vaganza 2014[sunting | sunting sumber]

Mamat merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama pada 2014. Beliau telah memenangi tempat ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.[1][3] Beliau juga telah dianugerahkan Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 1)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Throwback "Rahsia Pohon Cemara" Exists Ke-12 SELAMAT
Minggu 2 Memori Berkasih "Kamelia" Sweet Charity Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Teguh" Amy Search Ke-5 SELAMAT
Minggu 4 Ada Berani? "Ibu" Exists Ke-8 SELAMAT
Minggu 5 Impian dan Dedikasi "Kau Ilhamku" Man Bai Ke-3 SELAMAT
Minggu 6 Berdua Lebih Baik "Sandarkan Pada Kenangan" (duet bersama Ikka Razman) Jamal Abdillah & Siti Sarah Ke-2 SELAMAT
Minggu 7 Carta Lagu Hits "Dealova" Once Mekel Ke-4 SELAMAT
Minggu 8 Akhir Medley: "Salju Di Danau Rindu" dan "Janji Padamu"
Battle (Hip Hop): "HAVOC" (bersama Fazli Zainal)
Dirinya sendiri dan Exists
Joe Flizzow, Altimet & SonaOne
Ke-5
Ke-2
TEMPAT KETIGA

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 9 tahun apabila mereka bercerai talak dua pada 29 Oktober 2009.[1][4][5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Muhammad Fairoz Azizan (24 Januari 2016). "Mamat Exists menyesal, sejarah hitam jadi iktibar". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2016.
  2. ^ Pengalaman matangkan Exists Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine Kosmo!. 13 September 2015. Dicapai pada 14 Mac 2016.
  3. ^ Budiey (5 Januari 2015). Keputusan pemenang program Gegar Vaganza musim pertama Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Januari 2015.
  4. ^ "Mamat Exist sah bercerai talak dua dengan Marshila". Utusan Malaysia. 25 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 14 Mei 2010.
  5. ^ "Mamat Exist disahkan bercerai talak dua dengan bekas isteri". Utusan Malaysia. 24 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 14 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]