Mohd Apandi Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Sr Haji

Mohd Apandi Mohamad

D.J.M.K., J.M.K. (Kelantan)
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
8 Julai 2020 – 7 Julai 2023
Didahului olehMuhamad Mustafa
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jeli
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehMustapa Mohamed
Digantikan olehMustapa Mohamed
Butiran peribadi
Lahir1960 (umur 63–64)
Pasir Mas, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
(2020-kini)
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik
ProfesionJuruukur

Dato' Sr Haji Mohd Apandi Mohamad (Jawi: محمد افندی محمد) adalah ahli politik Malaysia kelahiran Kelantan dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan, sebagai Ahli Dewan Negara mewakili dewan tersebut pada 10 Ogos 2020[1]. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jeli pada 1999 hingga 2004. Dalam parti, beliau telah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Jeli sejak 2002. Beliau juga merupakan juruukur bertauliah dan ahli Institusi Juruukur Diraja Malaysia.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Jeli
Tahun Kawasan Nama Undi Nama Undi Majoriti
1999 Parlimen Jeli Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,523 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 14,830 693
2004 Parlimen Jeli Mohd Apandi Mohamad (PAS) 9,607 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 16,960 7,353
2008 Parlimen Jeli Mohd Apandi Mohamad (PAS) 12,732 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 17,168 4,436
2013 Parlimen Jeli Mohd Apandi Mohamad (PAS) 16,009 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 21,345 5,336
2018 Parlimen Jeli Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,018 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 21,665 6,647
Azran Deraman (PKR) 2,078

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2023)[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/10/juruukur-dilantik-senator-wakili-kelantan/
  2. ^ "'Mohd Amar dahului senarai penerima, dikurniakan Datuk Bergelar'". BH. 30 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.