Mohd Ariff Sabri Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mohd Ariff Sabri Aziz adalah bekas ADUN Pulau Manis dan pernah menang atas tiket Barisan Nasional/UMNO (2004-2008). Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Pahang (2000-2004) di bawah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan University of Manchester (Owens). Di internet beliau dikenali sebagai Sakmongkol AK47[perlu rujukan] juga dikenali sebagai pengamal seni bela diri Muay Thai/tomoi. AK47 adalah senjata api buatan Rusia yang popular di Afghanistan kerana tahan lasak dan mudah guna.

Mohd Ariff aktif dalam kegiatan blogger terutama melalui blog Sakmongkol AK47.[perlu rujukan]

Menyertai DAP[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2012, Mohd Ariff dan seorang lagi penulis blog Aspan Alias menyertai kepimpinan DAP agar mewakili orang Melayu. Aspan Alias juga veteran UMNO yang banyak mengkritik kepimpinan UMNO semasa dalam portal berita Free Malaysia Today.

Mohd Ariff kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno. Beliau mendakwa bahawa DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas. DAP turut memperjuangkan jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno. Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini. Baginya, Sebagai Muslim, menyertai DAP sekadar menukar wadah, bukan akidah. UMNO risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir. [1]

Pada pilihan raya umum ke-13, Ariff Sabri Aziz menjadi calon DAP untuk Parlimen Raub.

Rujukan[sunting | sunting sumber]