Mohd Asri Zainul Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Profesor Madya Dato' Dr.

Mohd Asri Zainul Abidin
Dr mohd asri zainul abidin.jpg
Kelahiran Mohd Asri Zainul Abidin
1 Januari 1971 (43 tahun)
Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan B.A., M.A., Ph.D. (2003)
Pusat pendidikan Universiti Jordan, Amman (B.A)
Universiti Sains Malaysia (M.A)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ph.D.)
Pekerjaan Profesor Madya Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Anugerah Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Universiti Sains Malaysia 1430H
Laman web
Minda Tajdid
DrMAZA.com
Arus Tajdid
Fanatik Mazhab
Hadith Palsu
Islam Liberal

YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lahir 1 Januari 1971 ) ialah seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia[1] , bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007. Segala penulisan beliau dibukukan di dalam sebuah buku bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 21 April 2010.[2]

Biodata

YB Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilahirkan pada 1 Januari 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga.

Beliau mempunyai 5 orang cahaya mata. Talhah, Intisor, Ibtihal, Dihyah dan Irwa'.

Pendidikan

Kerjaya

Selepas beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, beliau bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, mulai 1 November 2006, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis secara pinjaman selama 3 tahun tetapi memilih untuk bekerja sehingga 11 November 2009. Beliau seterusnya menjalani cuti sabatikal di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom. Pada tahun 2011, beliau dipilih untuk mengikuti program felo penyelidikan pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom.

Kontroversi

Beliau merupakan seorang penceramah yang sering diselubungi dengan beberapa kontroversi. Di antaranya termasuklah:-

Ditahan berceramah tanpa tauliah

Ditahan di Taman Sri Ukay

Pada 1 November 2009, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Dr. Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pada pukul 12 tengah malam tersebut. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Hulu Klang.[3] Ketua unit perhubungan awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah. Pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.[4] Dr. Asri mengakui bahawa perkara ini berlaku semenjak beliau menjadi mufti dahulu. Beliau satu-satunya tokoh agama yang tidak dibenarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan ceramah agama di negeri itu walaupun ketika menjadi mufti dua tahun lalu.Bekas mufti Perlis itu mendakwa, kecuali dirinya, Jais membenarkan mufti negeri-negeri lain memberikan ceramah dan mengajar agama di Selangor.[5]

Didakwa secepat mungkin

Pada 2 November 2009, pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum. Beliau turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama Dr. Asri.[6] Pada 18 November 2009, Mohd Asri telah dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan beliau mengaku tidak bersalah di di atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 November 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor, Zusyarafain Yusof dan Abdul Shukor Abdul Halim, manakala Asri diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman. Pada 8 April 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Hakim Syarie Mohamad Adib Husain menetapkan 28 April 2010 untuk keputusan permohonan semakan oleh pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kes bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.[7] Pada 28 April 2010, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohamad Adib Husain, menetapkan 21 Mei 2009 untuk mendengar kes ini. Pada 3 Mei 2010, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang diwakili oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wah Muhammad membenarkan kes bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, yang menghadapi pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam[8]

Pada 24 Jun 2010, Mahkamah Tinggi di Shah Alam yang diwakili oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaii menetapkan 29 Julai 2010 untuk sebutan semula kes beliau.[9] Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang diwakili oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menggantung prosiding kes bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan Syariah. Abu Zaky berkata kes itu ditangguhkan sehingga proses rayuan Mohd Asri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang membenarkan perbicaraan kes tersebut dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.[10]

Reaksi pemimpin

  • PAS logo.svg PAS

Pada 2 November 2009, Pemuda PAS yang diwakili oleh ketuanya, Nasrudin Hassan menyatakan kesediaannya untuk bertemu sendiri Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung perkara tersebut yang dikaitkan dengan isu pengajaran tanpa tauliah rasmi. Sejak kerajaan ini ditadbir Pakatan Rakyat mulai Mac 2008, katanya lagi, "keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah." "Dewan Pemuda PAS turut melahirkan rasa kesal atas tindakan Jais dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Jais."[11]

  • UMNO (Malaysia).svg UMNO

Pada 2 November 2009, ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula merasakan rasa terkejut dengan berita penahanan bekas mufti Perlis ini, dilaporkan kerana disyaki mengajar tanpa tauliah dan turut mempersoalkan tindakan tersebut walaupun agamawan itu sering menyampaikan pandangan secara lisan atau bertulis selama bertahun-tahun. Manakala perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal motif penahanan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. [12]

  • Pemimpin agama

Pada 2 November 2009, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menganggap bahawa isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah. Menurutnya lagi, peraturan yang bersifat dua mata yang boleh 'membunuh tuannya' jika disalahgunakan malah lebih parah jika digunakan pihak tertentu yang berselindung di sebalik kedudukan sebagai penemuduga atau penyemak kelayakan sebelum diberi tauliah dan mereka yang menapis pemberian tauliah perlu telus dari segi prosedur kerana mereka bertindak bagi pihak jabatan agama dan Ketua Agama Negeri berkenaan.[13]

Bukan penganut fahaman Wahabi

Pada 30 September 2009, beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa fahaman Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang. 'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya adalah satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang.[14]

Anugerah

  • Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1429H.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Universiti Sains Malaysia 1430H.

Karya

Kertas kerja

  • 2004
  1. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
  2. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
  3. Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
  4. Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
  5. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIAM (2004).
  6. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
  7. Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
  8. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
  9. Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
  10. Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
  11. Konsep Bid'ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti Pulau Pinang (2004).
  12. Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
  13. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
  14. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
  • 2005
  1. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
  2. Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
  3. Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
  4. Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
  5. Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
  6. Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu, Selangor. (2005)
  7. Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
  8. Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
  9. Menangani Isu Bid'ah Melalui Pendekatan al Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
  10. Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
  • 2006
  1. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
  2. Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
  3. Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006)
  4. Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
  5. Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
  6. Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
  7. Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
  • 2007
  1. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).

Penerbitan

  1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
  2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
  3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  6. Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
  7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
  8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
  9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
  10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
  12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
  13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

Bab dalam buku

  1. Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita, Jahabersa, Johor (2005).
  2. Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Membantah Azab Kubur Menyanggah Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Jahabersa, Johor (2005).
  3. Hafiz Firdaus, Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa: Himpunan Risalah Berkenaan Puasa Dan Isu-Isu Berkaitannya: Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut al-Sunnah, Jahabersa, Johor (2005).

Jurnal

  1. Jurnal Usuluddin UM (Bil: 13/2001) Kaedah Pengambilan Riwayat Sejarah al-Sahabah: Satu Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari.
  2. Jurnal Kemanusiaan PPIK, USM (2005) Salah Tanggapan Terhadap Aliran Pemikiran Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘i.

Prosiding

  1. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, Universiti Isfahan, Iran (2004).
  2. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. (الاجتهاد في معرفة سبب ورود الحديث: أسبابه وأدواته) Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004).
  3. Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan. Persatuan Kebajikan al-Nidaa’, Malaysia (2004).
  4. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith, Seminar Usul Fiqh, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
  5. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004)
  6. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan 2006).

Perlantikan

  1. USM Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam (SEFSI) 1/3/2004-10/3/05
  2. Dewan Bahasa Dan Pustaka Penyunting Buku : Al-Ibanah ‘An Usul al-Diyanah 24/2/04
  3. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Quran: Saja’ am Fasilah 22/7/04
  4. Jabatan Mufti Negeri Perlis : Ahli Jawatankuasa Sunnah Perlis 28/8/04-
  5. Universiti Malaya Pemeriksa Tesis M.A. Tajuk: Ibn Jawzi Dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Al-Mawdu’at 22/11/04
  6. Pertubuhan Kebajikan al-Nida Malaysia - Ahli Majlis Perunding 17/12/04-
  7. Universiti Teknologi Malaysia - Penilai Monograf Pendidikan. Tajuk: Perkembangan Institusi Pengajian Pondok Di Nusantara-Pengaruhnya Ke Negeri Kedah 14/3/05
  8. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Tadwin al-Mubakkir li al-Sunnah: Dirasah fi al-Hujjiyyah wa al-Manahij 28/3/05
  9. Institut Pengajian Islam, Perlis Penilai Kurikulum Bagi Subjek:
  10. Pengantar Pemikiran Islam
  11. Tasawwuf
  12. Institut Keluarga Islam
  13. Firaq Dalam Islam 5/5/05
  14. Darussalam International Publishing & Distribution Penilai Buku: “Buku Bantuan Belajar Tajwid”. 14/11/2005
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -Penilai Jurnal at-Tajdid (Refereed Arabic Biannual) 19/12/05
  16. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Ahli Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 1/1/ 2007- 31/12/2008

Rujukan

Pautan luar