Mohd Fadzilah Kamsah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Fadzilah Kamsah

DSSA (Selangor)
Ikon Dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
2020
Butiran peribadi
LahirMohd Fadzillah bin Kamsah
(1951-07-16) 16 Julai 1951 (umur 72)
Kampung Sungai Pinang, Kelang, Selangor Darul Ehsan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
PendidikanKolej Melayu Kuala Kangsar
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Wisconsin–Madison
PekerjaanPakar motivasi

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah (lahir 16 Julai 1951) ialah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.[1]

Fadzilah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977.[2] Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzilah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.[2]

Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya (1975), Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Organisational Communication (1984) dari Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat.[1]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Psikologi cinta : PTS Millennia Sdn. Bhd. , 2010.
  2. Petua membantu anak berjaya / Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nurul Aida Abdul Ghani.:PTS Millennia, 2009.
  3. Tip menjadi pelajar IPT cemerlang / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah dan Rohidzir Rais.:Telaga Biru, 2008.
  4. Soal jawab Praperkahwinan / Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Noralina Omar.:PTS Publications & Distributors, 2007.
  5. Petua mendidik anak menjadi insan positif/ Dato' Dr. Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria, Husna HassanTelaga Biru, 2007.
  6. Menjalin hubungan bahagia / Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Dr.Abdullah Hassan :PTS Millennia, 2007.
  7. Strategi menghadapi peperiksaan / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria & Fatimah Misran.:Telaga Biru, 2007.
  8. Kuasa hijrah kuasa untuk berubah/ Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof :PTS Millennia, 2007.
  9. Petua menangani stres / Mohd. Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar.:Telaga Biru, 2007.
  10. Kunci menjadi individu berkredibiliti : faktor mengapa orang percaya kepada kita / Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar.:PTS Millennia, 2006.
  11. Merancang kejayaan/ Mohd. Fadzilah kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Noor Shamshinar Zakaria.:PTS Millennia, 2006.
  12. Menerobos sempadan diri/ Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof:Telaga Biru, 2006.
  13. Menangani sifat marah / Mohd. Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar. :Telaga Biru, 2006.
  14. 55 petua orang berjaya:PTS Publications, 2005.
  15. 55 petua seronok bekerja / Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof : PTS, 2005.
  16. 55 petua kerja berpasukan / Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof :PTS, 2005.
  17. Psikologi cinta / Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin. :PTS Millennia Sdn. Bhd., 2005.
  18. Anda berkarisma apabila ...? / Dato' Mohd Fadzilah Haji Kamsah, Ahmad Naim Jaafar: PTS Publications & Distributors, 2005
  19. Anda ingin menjadi gentleman? / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar :PTS Millennia, 2005.
  20. Petua untuk sentiasa ceria / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof :Telaga Biru, 2005.
  21. Menangani anak bermasalah / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah,Muhammad Zakaria,Maheran Makhtar.:Telaga Biru, 2005.
  22. Positif untuk berjaya / Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Nur Hanani Hussin.: PTS Millennia, 2005.
  23. Tip pelajar cemerlang:PTS Millennia, 2005
  24. Petua mendapat pasangan: PTS Millennia, 2005.
  25. Soal jawab praperkahwinan/ Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Noralina Omar : PTS, 2005.
  26. Petua membuat orang jatuh cinta / Dato'Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Mohd Noordin : Telaga Biru, 2005.
  27. Langkah bestari suami mithali :PTS Millennia, 2005.
  28. Kunci menjadi individu berkredibiliti/ Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar. :PTS Millennia; 2005.
  29. Petua membentuk cinta abadi :PTS Millennia , 2005.
  30. Langkah bestari isteri mithali :PTS Millennia , 2005.
  31. Tip menjadi individu menarik : PTS Millennia, 2005.
  32. Menempuh gerbang perkahwinan / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin: Telaga Biru, 2005.
  33. 21 kaedah mendidik anak cemerlang / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria :Telaga Biru, 2005.
  34. Anda berkuasa apabila ...? : bagaimana mengaplikasikan kuasa dalam organisasi anda / Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Md. Yadi Said: PTS, 2005.
  35. Cerita-cerita motivasi untuk usahawan / Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ashadi Zain : PTS Publications & Distributors, 2004.
  36. Menjalin hubungan bahagia / Mohd. Fadzilah Kamsah, Abdullah Hassan : PTS Publication, c2004.
  37. Selamat datang ke universiti / Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Syed Yusainee Yahya : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004.
  38. Kecemerlangan mendidik anak / Mohd Fadzilah Kamsah, Rahmat Ismail.;Utusan, 1997.
  39. Kemahiran kekeluargaan : menjadi ibu bapa cermerlang / Rahmat Ismail, Mohd Fadzilah Kamsah. :Utusan, 1997.
  40. Tabiat pagi : melentur buluh 1 ; TV3, 1994
  41. Tabiat pagi : melentur buluh 2 ; TV3, c1994
  42. Tabiat pagi : melentur buluh 3 ; TV3, c1994

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Selangor :
    • Dato’ Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) – Dato' (1996)[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Biodata Penulis. Dicapai pada 24 Mac 2010.
  2. ^ a b "Astronaut, Motivational Expert Among Tokoh Maal Hijrah Recipients". Bernama. Bernama. 10 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-13. Dicapai pada 24 Mac 2010.
  3. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]