Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Fairuzizuan Tazari | |
|---|---|
| Maklumat peribadi | |
| Nama penuh | Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari |
| Tarikh lahir | 5 Februari 1983 (umur 29) |
| Tempat lahir | Perak |
| Tinggi | 172 cm |
| Beregu lelaki | |
| Negara | |
| Tangan kegemaran |
Kanan |
| Ranking terkini | 10 (26 Jun 2008) |
| BWF ID: 50147 | |
Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari merupakan pemain badminton lelaki dari Malaysia.
[sunting] Karier
Mohd Tazari beraksi pada BWF Kejohanan Dunia 2007 dalam kategori beregu lelaki bersama Mohd Zakry Abdul Latif. Mereka merupakan pilihan #7 dan ditewaskan pada pusingan kedua oleh Guo Zhendong dan Xie Zhongbo, dari China, 21-14, 21-13.
Pada Kejohanan Super Series Terbuka China 2007, mereka berjaya menumpaskan pemain pilihan kedua kejohanan, Cai Yun dan Fu Haifeng dalam tiga set pada pusingan pertama. Walau bagaimanapun, dalam pusingan yang sama juga pada kejohanan Super Series berikutnya, Super Series Hong Kong, Mohd Fairuzizuan dan Mohd Zakry terpaksa pulang awal selepas kekalahan pada pusingan awal.