Mohd Hazam Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Mohd Hazam Abdul Halim merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur,Malaysia. Beliau tinggal di di No.1 Jalan TTJS, 3/1C, Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Maut kemalangan jalan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari 2010, kereta Proton Perdana beliau berlanggar dengan treler di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Selangor. Treler yang sarat dengan muatan tiang lampu itu berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya keletihan.

Mohd Hazam, (50) yang duduk di hadapan sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta, Lans Koperal, Asminto Salimin (27) cedera parah. Mereka dalam perjalanan pulang selepas mesyuarat di Ipoh,Perak. Jenazah Hazam dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat .Asminto dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]