Mohd Khalil Yaakob
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.
Isi kandungan |
Kehidupan Awal [sunting]
Beliau yang dilahirkan di Kuantan, Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar[ dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Kerjaya [sunting]
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di beberapa bahagian dalam negeri sebelum meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 1974 dan menyertai Perbadanan Kemajuan Jengka.
Politik [sunting]
Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang Bukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran .
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamad Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Yang Di-Pertua Negeri Melaka [sunting]
Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin , bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. Majlis itu disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam .[1]
Keluarga [sunting]
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun 1965 dan dikurniakan 3 orang anak.
| Penyandang Terdahulu | Yang Di-Pertua Negeri Melaka 4 Jun 2004 – Kini |
Penyandang Kemudian |
| Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | Penyandang |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 14 Ogos 1986 – 22 Mei 1999 |
Penyandang Kemudian |
| Dato' Seri Najib Tun Razak | Dato Seri Adnan Yaakob |
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan