Mohd Nakhaie Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Nakhaie Haji Ahmad)
Datuk Haji

Mohd Nakhaie Ahmad
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Yang Dipertua
Dalam jawatan
2000–2009
Didahului olehAbdul Hamid Othman
Digantikan olehAziz Jamaludin Mhd Tahir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Baling
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehShafie Abdullah (UMNO)
Digantikan olehSeroji Haron (UMNO)
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (sejak 1989)
Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1989)
HubunganNajmi Haji Ahmad (adik)
KediamanKedah Baling, Kedah

Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO yang pernah menjadi ahli dan Naib Presiden PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.

Kemudian beliau menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap.[perlu rujukan] Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Beliau pernah dijemput oleh pihak RTM1 sebagai tetamu undangan. Tajuk popular beliau ialah 'Permasalahan Masyarakat Majmuk' secara Islam.

Politik PAS[sunting | sunting sumber]

Ustaz Nakhaei menjadi pemimpin utama dalam Parti Islam Se-Malaysia selain Fadzil Mohd Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang. Muktamar PAS pada 1982 memutuskan penubuhan CCC iaitu 'sayap' PAS yang terdiri daripada orang Cina dan India. Penubuhan CCC ini menjadi punca kekalahan PAS ketika Pilihan raya umum Malaysia 1986.

Ustaz Nakhaei dilantik menjadi pengerusi lidah rasmi PAS iaitu Harakah di ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.[1]

Adiknya tewas PRU-13 di Baling[sunting | sunting sumber]

Adiknya, bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Brigadier Jeneral, Datuk Najmi Ahmad bertanding di Parlimen Baling dalam Pilihan raya umum 2013 tapi tewas.Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendapat 43,504 (5,185) undi manakala Datuk Najmi Ahmad meraih 38,319 undi.[2][3] [4]

Saman terhadap Dr Asri[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Februari 2010, Ustaz Nakhaei memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin serta editor dan wartawan akhbar Sinar Harian. Mereka ialah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis. Karangkraf adalah pemilik akhbar Sinar Harian. Syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar Sinar Harian.

Peguam dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah memfailkan saman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur. Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.[5]

Fitnah itu berkaitan sidang media yang diberikan oleh Dr Asri pada 1 November 2009 dan disiarkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November 2009. Reputasi Nakhaei terjejas kerana seolah-olah Nakhaei menjadi dalang menentang perlantikan Dr Asri dilantik menjadi YDP YADIM dan berlaku penyelewengan dalam YADIM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]