Mohd Nasir Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Mohd Nasir Zakaria
Mohd Nasir Zakaria

Ahli Parlimen
untuk P7 Padang Terap, Kedah
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Ghazali Ibrahim (BN)
Majoriti 369

Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam

Yang Berhormat Mohd Nasir Zakaria merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah. Beliau merupakan Yang di-Pertua PAS bahagian Subang, Selangor. Dalam Muktamar PAS 2009,Mohd Nasir telah berjaya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat dengan 150 undi. Selain itu, beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan.

[sunting] Pendidikan

Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Kg Belukar, kemudian ke Maktab Mahmud, dan menyambung ke KISAS. Beliau mendapat Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2000.Menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Seterusnya, menyambung pelajaran dalam Sarjana dalam bidang Bisnes dan bergraduat dari UiTM pada 2004.

[sunting] Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti sebanyak 369 undi. Mohd Nasir Zakaria memperolehi 15,003 undi berbanding Datuk Paduka Ghazali Ibrahim memperolehi hanya 14,634 undi.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan