Mohd Puad Zarkashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Dr. Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

Ahli Parlimen
untuk P150 Batu Pahat, Johor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Dr. Junaidy Abdul Wahab (BN)
Majoriti 12,704

Parti politik UMNO (Malaysia).svgUMNO-BN-100px.jpgBN
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam

YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor.

[sunting] Kerjaya

Pernah menjadi pensyarah Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia .

[sunting] Politik

Parti politik pertama yang disertai oleh Dr. Puad Zarkashi ialah PAS sebelum menyertai UMNO. [perlu rujukan] Mulai 1997, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor,Dato Abdul Ghani Othman . kemudian beliau berjaya jadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat mengalahkan Datuk Zainal Abidin Zin. Beliau juga pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 13 Oktober 2004.[1]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Muhamad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,704 undi di parlimen Batu Pahat. Beliau memperolehi 32,461 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 19,757 undi. Dalam pilihan raya 2004,Dr. Junaidy Abd Wahab dari Terengganu bertanding di Batu Pahat dan mendapat majoriti 29,102 undi.[2]

Pada 2008 beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden, BN Back Benchers Club (BNBBC) dan turut serta dalam rombongan 49 ahli parlimen Barisan Nasional ke Taipei,Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian pada 16 September 2008 .

[sunting] Rujukan

  1. [http://www.highbeam.com/doc/1P1-100692257.html "Jins among four sworn in as Senators ", News Straits Times, 14 Oktober 2004.
  2. Siapa dia Dr. Puad Zarkashi ni?
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain