Mohd Ramli Md Kari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari)

Mohd Ramli Md Kari

MBBS (Universiti Malaya)
Anggota Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Senggarang
Dalam jawatan
23 Mac 2004 – 8 Mac 2008
RajaSultan Iskandar
Menteri BesarAbdul Ghani Othman
Didahului olehkawasan baharu
Digantikan olehJa'affar Hashim
Butiran peribadi
Lahir (1951-07-13) 13 Julai 1951 (umur 72)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganPuan Rohayah bte Abd. Hamid (k. 1973)
Anak-anakNurul Syahmi
Nurul Syazida
Nurul Syifa
Nurul Syuhada
KediamanBatu Pahat
Alma materUniversiti Malaya
Kolej Melayu Kuala Kangsar
ProfesionAhli politik, Doktor

Dr Mohd Ramli bin Md Kari adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Johor bertanding di atas tiket PAS[1]. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan YDP PAS Kawasan Batu Pahat.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Tengah, Yong Peng. Kemudian bersekolah menengah di Yong Peng dan di Alor Gajah, Melaka dan seterusnya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar hingga ke tahun 1970.

Beliau selanjutnya melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Malaya dan peroleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1978.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat di Hospital Muar dan kemudian menjadi Pensyarah Pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah kembali ke Batu Pahat untuk mengasaskan Klinik Bakti Batu Pahat pada tahun 1982. Klinik ini merupakan klinik Melayu yang pertama yang wujud di Batu Pahat dan kini telah beroperasi selama 22 tahun. Penglibatan beliau mengendalikan klinik selama 22 tahun ini, ditambah dengan keperibadian beliau yang perihatin serta mesra dengan pesakit telah menjadikan beliau dikenali ramai. Beliau juga sering mengadakan aktiviti rawatan percuma di sekitar kawasan Batu Pahat.

Di samping kelulusan akademik di atas, beliau juga telah dianugerahkan sijil perubatan Islam daripada Darul Syifa’ pada bulan Ogos 1999 setelah mengikuti kursus selama 2 tahun di bawah kelolaan Prof. Dr. Harun Din. Beliau juga telah ditauliahkan Diploma Tasawwur Islam oleh ILHAM.

Beliau telah pun berumahtangga bersama Puan Rohayah bte Abd. Hamid, bekas guru sekolah. Kini isteri beliau menumpukan sepenuh masa dalam membantu beliau di klinik serta bergiat cergas di dalam aktiviti parti. Hasil dari perkongsian hidup sejak tahun 1973, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Di dalam bidang kemasyarakatan, beliau adalah bekas Pengerusi Surau Taman Soga dan Pengerusi Badan Kebajikan Islam Taman Soga Batu Pahat selama 10 tahun. Beliau pernah menjadi pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Temenggung Ibrahim Penggaram, Batu Pahat, dan kini menjadi Pengerusi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat sejak 5 tahun yang lalu. Beliau juga pernah menjadi Pemerintah Kawasan St. John Ambulance Brigade , Batu Pahat.

Di sudut politik beliau adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Pahat dan Ketua Lajnah Antara Kaum. Beliau pernah bertanding sebagai calon Parlimen PAS bagi Kawasan P 135 - Batu Pahat pada Pilihanraya Umum 1999 dengan memperolehi undi yang sangat mengalakkan.

Pada hari penamaan calon 23hb Mac 2004 yang lalu, beliau telah diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding di DUN Senggarang. Kemenangan yang diperolehi merupakan satu sejarah bagi perjuangan Parti Islam Se-Malaysia di negeri Johor.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Undi Lawan Undi Buang undi Majoriti Keluar
1999 Batu Pahat Mohd Ramli Md Kari 14,226 Siam bin Kasrin BN 31,674 47,176 17,448 73.65%
Dewan Undangan Negeri Johor
Tahun Kawasan Undi Lawan Undi Buang undi Majoriti Keluar
2004 Senggarang Mohd Ramli Md Kari MTB - - - - - -
2008 Senggarang Mohd Ramli Md Kari 6,006 Ja'affar bin Hashim BN 9,034 15,495 3,028 78.26%
2013 Senggarang Mohd Ramli Md Kari 9,399 A. Aziz bin Ismail BN 11,254 21,122 1,855 88.00%
2018 Senggarang Mohd Ramli Md Kari 2,699 Khairuddin A Rahim PKR 10,568 809
Zaidi bin Japar BN 9,759

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PAS' voice heard for the first time in assembly". The Star. 19 Mei 2005. Dicapai pada 5 Februari 2020.