Mohd Razhi Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Mohammad Radzhi Salleh
Mohd Razhi Salleh

Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah
Tempoh berjawat
9 Mac 2008 – 26 Ogos 2009
Kawasan Saifuddin Nasution Ismail

Ahli Dewan Undangan Kedah
bagi kawasan N34 Lunas

Parti politik UMNOUMNO (1987-2008)
Lambang keadilan.png (2008-2009)
BEBASBebas (2009-)
Pekerjaan Ahli Dewan Undangan Negeri
Agama Islam

Yang Berhormat Mohammad Radzhi Salleh merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lunas, Kedah Darul Aman menjadi ADUN Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. [1]Sebelum 26 Ogos 2009, beliau pernah menjadi Exco Negeri Kedah di dalam portfolio Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat mengalahkan calon dari Barisan Nasional Ananthan Somasundram dengan majoriti sebanyak 10,323 undi. Beliau memperolehi 17,836 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,513 undi.

Keluar dari PKR[sunting]

Pada 26 Ogos 2009, beliau mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.Menurut seorang seorang pembantunya beliau keluar kerana pada dasarnya tidak berpuas hati akibat kekurangan dana sama ada peruntukan kerajaan negeri atau sumbangan parti itu - untuk menjayakan program di kawasannya. Masalah berpuak-puak dalam parti turut menjadi punca beliau keluar. [2]


Lihat juga[sunting]

Rujukan[sunting]