Mohd Ridhuan Tee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah)
Prof. Dr.

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
鄭全行
Kelahiran
Tee Chuan Seng

(1965-04-28) 28 April 1965 (umur 58)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia
Sarjana Sains Politik Universiti Putra Malaysia
PekerjaanProfesor [1]
MajikanInstitusi Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Parti politikBebas (2016-)
BN-MCA (2000-2016)
Anak-anak5, termasuk Syafi Tee

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau Ridhuan Tee ialah seorang penulis di Malaysia. Dia memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). Penulisan dia dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di negara Malaysia [1]. Dia bukan berbangsa Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. Tetapi selepas memeluk agama Islam, dia dikatakan telah banyak mengkritik dalam tulisan dia terhadap pihak-pihak bukan Melayu dan bukan Islam."[2].

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Bagan Datuk, Perak dan merupakan anak kelapan dari 10 adik-beradik (7 lelaki 3 perempuan) kepada keluarga berbangsa Cina berketurunan Hokkien. Walaupun fasih berbahasa Hokkien, beliau hanya memperoleh pendidikan Bahasa Cina tidak melebihi setahun di tadika. Beliau mendapat pendidikan rendah di sebuah Sekolah Kebangsaan dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan berikutan masalah pengangkutan yang dihadapi. Beliau menganuti agama Islam pada umur 20 tahun setelah membelajari dan memahami agama Islam setelah tamat pengajian Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Penulisan

Sikap berdengki dan munafik

"Janganlah kita dengki jika orang lain berjaya sehingga menjadi ultra 'kiasu'. Mereka tidak jemu berusaha. Sejarah membuktikan, bermula penghijrahan, mereka datang dengan sehelai sepinggang. Hari ini, harta keliling pinggang. Pasal apa? Mereka berusaha, tidak bersengketa sesama sendiri. Inilah iktibar Tahun Monyet." - Ridhuan Tee dalam artikelnya Siapa sebenarnya monyet?[3]

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 2011

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada 2014-06-16.
  2. ^ http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=62902:ridhuan-tee-portrait-of-an-ultra-kiasu-racist-bigot-bootlicker?&Itemid=2#axzz34mHvzVvU RIDHUAN TEE: Portrait of an 'ultra-kiasu' racist bigot? Written by Moaz Nair, Malaysia Chronicle.
  3. ^ http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/siapa-sebenarnya-monyet-1.482773 Siapa sebenarnya monyet? - Ridhuan Tee