Mohd Sabri Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sabri Yunus

Mohd Sabri Yunus atau lebih dikenali Sabri Yunus ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara di Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 1991, Syamimi, 1993, dan Syazni, 1995, tidak semua orang boleh menjadi pelawak. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1995 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  1. Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  2. Jangan Main Mercun (4:00)
  3. Dikir Raya (4:14)
  4. Kisah Seorang Bujang (4:30)
  5. Sketsa Malam Raya (2:00)
  6. Raya Sakan (4:25)
  7. Jom-jom Balik (1:50)
  8. Selamat Hari Raya (4:14)
  9. Halalkan (4:30)
  10. Anak Bulan (3:00)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
  • Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996 dan 2000)

Sitkom TV[sunting | sunting sumber]

  • Pi Mai Pi Mai Tang Tu
  • Salam Pantai Timur
  • Nik & Nani
  • Camni Camtu
  • Butik
  • Kelas Malam
  • Kelab
  • Syyy!
  • Moh Ke Kafe Kita
  • Karoot Komedia (Astro CH132) Bermula pengacara 2012 sekarang
  • Karoot Komedia X ?? (Astro CH132)

Filem[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Wangi Jadi Saksi
  • Patah Sayap Terbang Jua
  • Raja Lawak
  • Tok Selampit
  • Matinya Seorang Pahlawan
  • London
  • Pentas Opera
  • Cindai
  • Menunggu Kata Dari Tuhan

Rujukan[sunting | sunting sumber]