Mohd. Salleh Man
| Yang Berhormat Uztaz Mohd. Salleh Man |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 25 Ogos 2009 |
|
| Didahului oleh | Mohd Hamdan Abdul Rahman |
|---|---|
| Majoriti | 4,551 |
|
|
|
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | |
| Anak | 5 |
| Pekerjaan | Ahli akademik, Ahli politik |
| Agama | Islam |
Y.B. Uztaz Mohd. Salleh Man merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang yang bertanding di atas tiket PAS di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009.Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 di DUN NO3 Pinang Tunggal, Mohd Salleh Man (Pas) tewas kepada Datuk Roslan Saidin BN/UMNO.Roslan Saidin mendapat 8,941 undi. Sementara saingannya Mohd Salleh Man (Pas) mendapat 2,653 undi.
Isi kandungan |
Latarbelakang [sunting]
Beliau berasal dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata.
Pendidikan [sunting]
YB Ustaz Salleh Man mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Beliau juga mempunyai kelulusan 5 Thanawi yang dipelajarinya dari Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai. Selepas pengajian menengah beliau pergi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.
Pengalaman Kerja [sunting]
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Masjid dan juga menjadi penceramah Bebas. Beliau juga pernah menjadi pengurus sekolah swasta.
Jawatan Dalam Parti [sunting]
Di antara jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau termasuklah:-
- Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor (1987-1989)
- Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor (1990-1993)
- Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (1994-1997)
- Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang (1998-2001)
- Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang (2007 hingga sekarang)