Mohd Sedek Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Sedek Ali)

Tan Sri Mohd Sedek Mohd Ali pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia sejak 13 Jan 2004 dan bersara setahun kemudian.

keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Puan Sri Mariam Abd Aziz, 56, serta dua anak lelaki, Mohd Faiz, 29, dan Mohd Syazwan, dan seorang anak perempuan, Amirah, 22.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 September 2009 dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Januari 2010.[1]Mohd Sedek cedera di kepala setelah kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Rasdi Ramli menjelaskan bahawa beliau cedera parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.

Jenazah dibawa ke Masjid Bukit Aman. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya Datuk Ismail Omar turut hadir. Kemudian jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Mesra Tambahan Kajang, Selangor sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Mesra Kajang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]