Mohd Shafie Apdal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri
 Mohd. Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Tempoh berjawat
10 April 2009 – kini
Didahului oleh Muhammad Hj.Muhammad Taib
Digantikan oleh penyandang


Tempoh berjawat
18 March 2008 – 9 April 2009
Didahului oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
(Budaya, Seni dan Warisan)
Digantikan oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (Budaya)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Tempoh berjawat
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Digantikan oleh Shahrir Samad

Tarikh lahir 20 Oktober 1957 (umur 54)
Tempat lahir Bendera Sabah Semporna, Sabah
Parti politik BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
Pasangan Shuryani binti Shuaib
Anak 6
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam
Laman web http://shafieapdal.com/

Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, SPMP., PGDK., DSAP., DMSM., JP (lahir 20 Oktober 1957) ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009.

Isi kandungan

[sunting] Biografi ringkas

Dilahirkan di Semporna, Sabah,Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.Dato'Seri Mohd Shafie memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.

[sunting] Keluarga

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan 6 anak.

Anaknya Sabrina Mohd Shafie dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke-70 Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 27 Mei 2009.Dia menerima diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Lendu, Melaka dengan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.84 .

[sunting] Kerjaya perkhidmatan awam

Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Safie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

[sunting] Kerjaya politik

Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 30 Mac 2004 dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

[sunting] Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Shafie Bin Apdal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional / UMNO . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Semporna , negeri Sabah. Mohd Shafie Bin Apdal telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19419.

Calon lawan ialah Ab Azis Bin Ab Hamid dari PKR mendapat 1,957 undi dan hilang wang deposit. Peratus pengundi yang keluar ialah 63.%. Undi rosak sebanyak 832.

[sunting] Naib Presiden UMNO

Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Bung Mokhtar Radin,Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin turut terpilih dalam perhimpunan itu bagi memulihkan UMNO setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008.

[sunting] Lihat juga


[sunting] Pautan Luar


Penyandang Terdahulu Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Dato' Shahrir Abdul Samad



Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
19 Mac 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim "penyandang"
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain