Mohd Sharif Jajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohd Shariff Jajang adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Dengkil dan mantan ketua penaja parti UMNO Bahagian Sepang.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Patimah Isa dan anak lelakinya Shahrum an Shahrin. Mereka kini tinggal di Sungai Merab, Sepang.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Exco kerajaan negeri Selangor sejak 1997 di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo. Memegang portfolio mentadbir infrastruktur, maklumat dan pembangunan serta pengurusan tanah rezab melayu.[1] Shariff Jajang juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Sepang.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2011, Mahkamah Sesyen Klang mengarahkan tertuduh untuk membela diri di atas tuduhan rasuah berhubung permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu. Hakim, Yong Zarida Sazali menetapkan perbicaraan pada 4, 6, 7 dan 8 April 2011. Seramai 32 orang saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada awal tahun 2004.

Kesalahan itu dilakukan di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 16 Jun 1997, ketika menjadi ADUN Dengkil yang dilantik sebagai AJK Tanah Daerah Sepang.Tuduhan mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasakuasa Perlu) Darurat 1970 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohd Shariff selaku ADUN Dengkil dan AJK Tanah Daerah Sepang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara (LMS) tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) yang mana beliau mempunyai kepentingan saham di dalamnya.

Saksi ke-3 : Mohd Yahya Margona, menjalankan perniagaan sekolah memandu di Banting memberi keterangan di hadapan Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar. Saksi ke-4:, Datuk Mansur Ramli (55) selaku Pegawai Kewangan negeri Selangor menyatakan bahawa pada 16 Jun 1997 mesyuarat dipengerusikannya selaku pegawai daerah Sepang .Mohamed Sharif tidak memaklumkan kepentingannya dalam LMS dan tidak meninggalkan mesyuarat semasa perbincangan mengenai permohonan IKMAS untuk mendapatkan LMS.[2]

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad. Peguam bela tertuduh ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin. [3]

Saksi 1 : Nor Azman Noh, selaku Penolong Pengurus Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Kelantan memaklumkan bahawa Mohd Shariff adalah pemegang saham individu terbesar dalam Syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB). Laporan Tahunan KSB bertarikh 12 Mei 1997 dan 13 April 1998 menunjukkan bahawa Mohamed Sharif memiliki saham 111,875 unit daripada senarai 20 pemegang saham terbesar .

Dua dokumen berkanun mengenai syarikat KSB yang diserahkan kepada Penguasa Kanan BPR Putrajaya M. Kanakaraja yang menyiasat kes KSB dan IKMAS. Sebanyak 12 salinan dokumen sebagai bahan kes.Rekod mengenai pengarah dan setiausaha KSB bertarikh 31 Mac 1992 menunjukkan bahawa Mohamed Sharif, Md Som Osman dan Mohd Yusof Dahlan ialah pengarah syarikat KSB dan Mohamed Sharif dilantik menjadi pengerusi syarikat berkenaan pada 3 Mac 1992. Pada 11 Jun 1997 Mohamed Sharif telah meletak jawatan sebagai pengarah KSB dan anaknya Shahrum Mohd telah dilantik sebagai salah seorang pengarah KSB.

Mohamed Sharif tidak ada 'direct interest' dalam IKMAS, cuma melalui KSB sahaja. Beliau hanya memiliki satu unit saham (1.36 % ) sebagai pengasas di dalam syarikat IKMAS. Kebanyakan saham KSB dimiliki oleh koperasi-koperasi tajaan pihak swasta.

Gelaran Datuk digantung[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2004, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk' dari Shariff Jajang . Turut ditarik balik ialah Tan Sri Eric Chia Eng Hock; Datuk Saidin Thamby; Datuk Mohd Saberi Salleh; Datuk Mohamad Shafie; dan Datuk Chow C. K. Kenneth alias A. Wira Tjakrawinata.[4]

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Ahmad Badawi 18 orang kenamaan telah didakwa. Antaranya ialah Pengarah Urusan Perwaja, Tan Sri Eric Chia yang dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari 2004 ; bekas Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam di bawah Seksyen 2 (1) dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.: Exco Negeri Selangor, Datuk Shariff Jajang; bekas Exco Perak, Datuk Azman Mahalan; Mohamad Apandi Mohamad (bekas Ahli Parlimen Jeli) ; Ramli Ibrahim (bekas Ahli Parlimen Kota Bharu). ; Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Ramli Mukhtar; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Telekom, Datuk Ibrahim Mohd. Noor; Ahmad Zukni dari PUNB mengenai pengeluaran bon bernilai RM3.8 bilion; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Annuar Md. Noor dan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Baharudin Ahmad; Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik.[5]

Bebas tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember 2011, Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan Sharif Jajang bebas dari tuduhan rasuah berhubung permohonan tanah IKMAS di Sepang, 14 tahun lalu.[6]

Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 1999: N47 -Dengkil
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Sharif Jajang 7,449 57.63 - 22.19
KEADILAN Mohammad Sahar Mat Din 5,477 42.37 + 42.37
Jumlah undi sah 12,926 100.00
Jumlah undi di tolak 425
Jumlah undi tidak di kembalikan 12
Peratus unjuran 13,363 74.65
Pengundi berdaftar 17,901
Majoriti 1,972
BN kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Selangor 1995: N47 - Dengkil
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Sharif Jajang 9,766 79.82 + 16.51
PAS Mohsinon Tahir 2,469 20.18 - 16.51
Jumlah undi sah 12,235 100.00
Jumlah undi di tolak 424
Jumlah undi tidak di kembalikan 40
Peratus unjuran 12,699 73.90
Pengundi berdaftar 17,184
Majoriti 7,297
BN kekal Peralihan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Corruption charge: Ex-exco ordered to enter defence". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2011-11-27.
  2. ^ Sharif Jajang tidak isytihar kepentingan dalam mesyuarat
  3. ^ Sharif Jajang diarah bela diri[pautan mati kekal]
  4. ^ Selangor Sultan suspends "datuk" title of six persons
  5. ^ PM: Kebanyakan kes rasuah orang kenamaan sudah didakwa
  6. ^ Shariff Jajang bebas tuduhan rasuah[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]