Zaidy Abdul Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Zaidy Abdul Talib)

Zaidy Abdul Talib
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor
Dalam jawatan
26 September 2014 – 18 Mei 2018
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarMohamed Azmin Ali
Didahului olehSallehen Mukhyi (PAS)
Digantikan olehIzham Hashim (AMANAH)
Kawasan pilihan rayaTaman Templer
Anggota Dewan Undangan Selangor
untuk Taman Templer
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehSubahan Kamal (UMNO-BN)
Digantikan olehMohd Sany Hamzan (AMANAH-PH)
Butiran peribadi
LahirMohd Zaidy bin Abdul Talib
(1972-02-27) 27 Februari 1972 (umur 52)
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganKasmawati Haron
Anak-anak6 orang
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik, perunding motivasi

Haji Mohd Zaidy Abdul Talib ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor bagi DUN Taman Templer bertanding di atas tiket PAS.

Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang. Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor.[1][2][3][4][5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Zaidy dilahirkan pada 27 Februari 1972[perlu rujukan] di Kampung Pondok Lati, Pasir Mas, Kelantan. Keluarganya yang pernah berpindah ke beberapa Estet di Negeri Sembilan dan juga Pahang sebelum menetap di Felda Kumai, Bera. Beliau anak sulung daripada tujuh anak pasangan Haji Abdul Talib Che Harun dan Hajah Shakiriah Yaacob. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hajah Kasmawati Haron dan dikurniakan 6 orang anak, 3 lelaki dan 3 perempuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zaidy bersekolah peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 aliran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh yang ketika itu hanya beberapa orang pelajar Melayu sahaja. Beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda sains (fizik) di Universiti Malaya. Beliau telah menamatkan pengajian Diploma Tasawur Islam di Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) dan pengajian sarjana hukum Islam dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia[perlu rujukan].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pensyarah kejuruteraan di sebuah kolej swasta. Kemudiannya menjadi jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan Avionic, sebelum menyertai syarikat pemasaran dalam pembangunan perisian sebagai pengurus projek. Pada tahun 2002, beliau telah membuka syarikat sendiri yang memfokuskan pembangunan perisian sistem maklumat. Pada tahun 2008, beliau telah mendapat Certified NLP (Neuro-Linguistic Programming) Practitioner, NFLP Amerika Syarikat, bersama beberapa rakan untuk membuka syarikat di dalam bidang pembangunan Modal Insan. Beliau juga memperolehi Sijil tauliah sebagai jurulatih dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan juga sebagai Profesional Learning Facilitator (PLF).

Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Namun pada tahun 2013, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai ahli majlis dan menarik diri daripada syarikat bagi memfokuskan diri didalam bidang Politik serta menumpukan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian, beliau mendaftarkan diri sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia Cawangan Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya. Perjalanan politik beliau bermula dari bawah iaitu sebagai ahli Unit Amal dan Petugas IT. Seterusnya menjadi Penolong Setiausaha PAS Cawangan Subang, kemudiannya Ketua Penerangan Pemuda PAS Subang. Seterusnya dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Selangor ; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor ; Ketua Dewan Pemuda PAS Selayang ; Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ; Ketua Penerangan PAS Selangor. Kini, beliau sedang menjawat Yang Di-Pertua (YDP) PAS kawasan Selayang dan juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Piliharaya Umum ke 13 yang lepas, beliau telah mengalahkan Datuk Subahan Kamal dengan majoriti 7,467 daripada undi yang diterima 24,667 seterusnya dinobatkan sebagai ADUN N15 Taman Templer pada tahun 2013. Pada tahun 2014, berlaku krisis Menteri Besar yang melibatkan "Langkah Kajang" telah menyaksikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah digantikan dengan Mohamed Azmin Ali. Setelah itu, barisan Exco baru telah dipilih dan kemudiannya beliau telah dilantik Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor.

Exco Selangor[sunting | sunting sumber]

PAS hanya diberikan 3 kerusi exco saja berbanding 4 sebelumnya. Semua Exco mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang. Turut mengangkat sumpah ialah YB Zaidy, YB Iskandar Abdul Samad dan YB Dr. Ahmad Yunus Hairi.[6] Dua exco senior PAS, YB Sallehen Mukhyi dan YB Dr. Halimah Ali tidak dilantik semula.[7] Turut dilantik ialah YB Elizabeth Wong Keat Ping, YB Dr. Da‎royah Alwi, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, YB Amirudin Shari, YB Datuk Teng Chang Kim, YB Ean Yong Hian Wah dan YB V. Ganabatirau.[8] Walaupun Pakatan Rakyat mengalami krisis pentadbiran sehingga membawa kepada pembubarannya selepas parti PAS mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat. 3 orang ADUN merangkap Exco dari parti PAS tetap bersama dengan Pakatan (Rakyat).[9]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Zaidy Abdul Talib
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2013 N.15 Taman Templer Zaidy Abdul Talib PAS 24,667 Subahan Kamal BN (UMNO) 17,200 7,467
Roslan Basaruddin Bebas 495
2018 N.15 Taman Templer Zaidy Abdul Talib PAS 10,459 Mohd Sany Hamzan PH (Amanah) 18,362 7,903
Md Nasir Ibrahim BN (UMNO) 7,580
Rajandran PAP 108
Koh Swe Yong PRM 82
2023 N.15 Taman Templer Zaidy Abdul Talib PAS Anfaal Saari PH (Amanah)
Aida Nazeera Abd Rahman MUDA

Rujukan[sunting | sunting sumber]