Mohd Zin Mohamed
| Yang Berhormat Menteri Dato Ir Mohd Zin Mohamed |
|
| Mohd Zin Mohamed |
|
|
Menteri Kerja Raya
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu |
|---|---|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed (lahir 28 Mac 1954), merupakan Menteri Kerja Raya & Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Terkini beliau adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor.
Isi kandungan |
Kehidupan Awal [sunting]
Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 1977 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Bradley, Peoria,Illinois, Amerika Syarikat pada 1980 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.
Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MPSA).
Politik [sunting]
Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Seksyen 8, Shah Alam pada 1986-1993 dan kemudiannya menjadi Ketua Pemuda UMNO Shah Alam pada 1989-1994. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari Pemuda UMNO Selangor serta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Mohd. Zin juga pernah menjadi Setiausaha, Jawatankuasa Petugas MT UMNO Bagi Menangani Fitnah selain ahli Panel Peguam Majlis Tertinggi UMNO. Pada 2001, beliau dipilih semula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua Penaja, UMNO Bahagian Kota Raja dan kemudiannya Ketua Penaja UMNO Bahagian Sepang ekoran peletakan jawatan Datuk Mohd Sharif Jajang.
Pilihan raya Malaysia 2008 [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Zin Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sepang , negeri Selangor. Mohd Zin Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26381.
Calon lawan ialah Mohamed Makki Bin Ahmad dari PAS mendapat 21,532 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 1099.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada kabinet tahun 2004 dan sekarang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.
Jawatan [sunting]
Beliau bukan baru dalam bidang politik malah sebelum ini Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dikenali ramai sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BBC) sejak 2002 hingga Mac 2004.
Bekas jurutera yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2004-2007
Keluarga [sunting]
Mohd. Zin berkahwin dengan Datin Azlina Ahmad dan dikurniakan lima anak, Irwan Arif, Shahree, Zubir, Shafiq dan Aisyah Ilani.
Saman PAS berhubung serbuan JAIS [sunting]
Pada 14 September 2011, Mohd Zin mewakili UMNO Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 19-21 Ogos 2011. Beliau / UMNO Selangor menuntut RM 10 juta daripada lima responden lain iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam . Rencana yang dimaksudkan ialah 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'. [1]
Keputusan Pilihanraya [sunting]
| Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prt | Pembangkang | Undi | Prt | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Mohd Zin Mohamed (UMNO) | 26,381 | 54% | Mohamed Makki Ahmad (PAS) | 21,532 | 44% | |||
| 2004 | Mohd Zin Mohamed (UMNO) | 30,755 | 72% | Mohamed Makki Ahmad (PAS) | 11,918 | 28% |
Lihat Juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS
- ↑ "Malaysia Decides 2008". The Star. http://thestar.com.my/election/. Capaian 18 Januari 2010. Termasuk keputusan dari Pilihan raya 2004. Keputusan dari pilihanraya awal tidak terdapat.
Pautan Luar [sunting]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Kerja Raya 19 Mac 2008 – kini |
Penyandang Kemudian |
| Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu |
"penyandang" |