Mohd Zulkifly bin Nik Hussin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama sebenar Izo adalah Mohd Zulkifly bin Nik Hussin dilahirkan pada 4 Februari 1967 di Kelantan dan dibesarkan di Batu Gajah, Perak . Dan kini Izo dilihat akan mempunyai pewaris yang mempunyai gaya permainan gitar dan solo yang mirip sepertinya iaitu anaknya sendiri Arif yang kini selalu bersama ayahnya Izo dalam bersama mejayakan persembahan pentas XPDC.

Izo
Nama lahirMohd Zulkifly bin Nik Hussin
Juga dikenali sebagai
Izo XPDC
Kelahiran (1967-02-04) 4 Februari 1967 (umur 57)
Kelantan Kelantan
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Heavy metal
PekerjaanGuitaris
Tahun aktif1985–kini
Syarikat rakaman
LIFE Records
Pengkarya berkait
XPDC

Mohd Zulkifly bin Nik Hussin atau lebih dikenali sebagai Izo XPDC merupakan pemain gitar utama dan pengasas bagi Kumpulan Tragedy dan kumpulan XPDC yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air selain merupakan ketua dan anggota tertua dalam kumpulan tersebut. Beliau merupakan Guitarist utama dan Leader XPDC sejak awal penubuhan kumpulan XPDC bermula dari era band Tragedy hinggalah sekarang apabila XPDC berpecah kepada dua band. Satu XPDC Izo dan satu lagi XPDC Mael.

Izo merupakan anggota tertua satu-satunya dan pengasas kumpulan XPDC paling lama kekal dan tidak pernah meninggalkan kumpulan XPDC dari awal penubuhan kumpulan ini dan kini mengetuai kumpulan XPDC lineup sendiri bersama vokalis Ali, Bassist Eddy dan juga Drummer Lola dan mereka baru sahaja menerbitkan album XPDC terbaru berjudul DOA.

Menarik mengenai Izo kebanyakan lagu, susunan muzik, riff dan solo gitar dalam album-album XPDC sebelum ini adalah ciptaan beliau dan JS Kevin yang membuatkan XPDC mempunyai trademark sound dan identiti muzik mereka sendiri hingga digelar Metallica Malaysia. Izo juga turut bertindak sebagai penerbit bersama untuk album-album XPDC.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]