Mohsin Fadzli Samsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Mohsin Fadzli Samsuri
P058-BGSERAI.jpg

Member of Parliament
for P58 Bagan Serai, Negeri Perak
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Zainal Abidin Zin (BN)
Majoriti 3,413

Parti politik Lambang keadilan.png(2008-2010)
BEBASBebas (2010-)
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

YB Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

Keluar dari PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mac 2010, beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah. Beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang kecewa kerana beliaulah yang meyakinkan pengundi PAS di Bagan Serai. Ahmad Awang menggesa agar Mohsin mengosongkan kerusi Bagan Serai dsalam tempoh tujuh hari. Solat hajat akan diadakan selama tujuh hari memohon restu daripada Allah.[1]

Lebih 200 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa (PAS) ,Abdul Yunus Jamhari dan beberapa Adun Pakatan Rakyat dari Perak membantah tindakan Mohsin melompat parti. Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat' dan 'Hancur Mohsin, Najib serta Umno' sambil membawa puluhan poster dan kain rentang.

Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]