Mojilip bin Bumburing
| Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau (UPKO—BN)[1] |
|---|---|
|
|
|
| Tempat lahir | Tuaran, Sabah |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | |
| Agama | Kristian |
Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred merupakan ahli politik Malaysia dan Anggota Parlimen bagi kawasan Tuaran, Sabah dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO); sebuah parti komponen Barisan Nasional.[2]
Beliau juga pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).[3] Beliau merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.
Isi kandungan |
Pilihan raya Malaysia 2008 [sunting]
| Tahun | Barisan Nasional | Undi | Peratus | Pakatan Rakyat | Undi | Peratus | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Wilfred Bumburing (UPKO) | 17,645 | 58% | Umsery @ Ansari bin Abdullah (PKR) | 11,023 | 36% |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Tuaran , negeri Sabah.[4] Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17645.
Calon lawan ialah Ajin Nazin Bin Gagah dari (Bebas) mendapat 879 undi dan hilang deposit. Umsery @ Ansari Bin Abdullah dari PKR mendapat 11,023 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 74.9 %. Undi rosak sebanyak 979.
Keluar Barisan Nasional [sunting]
Pada 23 Julai 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran. Pada 29 Julai 2012, beliau mengumumkan keluar dari dan parti UPKO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyokong Pakatan Rakyat disebabkan oleh kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum.[5] Seterusnya melancarkan parti baru, Angkatan Perubahan Sabah (APS) atau 'Sabah Reform Front' di Dalit, Tuaran. Majlis itu turut disertai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tindakan beliau menyamai tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Madius steps aside for Bumburing", Daily Express (Malaysia), 22 February 2008. Dicapai pada 16 March 2010.
- ↑ "Mojilip bin Bumburing @ Wilfred, Y.B. Datuk Seri Panglima". Anggota Parlimen. http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=150. Capaian 17 March 2010. [pautan luput]
- ↑ "Bumburing steps down as Upko Tuaran chief". BorneoPost. http://www.theborneopost.com/2011/09/06/bumburing-steps-down-as-upko-tuaran-chief/. Capaian 13 Jan 2012.
- ↑ 4.0 4.1 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php. Capaian 17 March 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan", Malaysiakini.com, 29 Julai 2012.
