Mojilip bin Bumburing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima

Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred

Member of Parliament
for Tuaran, Sabah
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Wilfred Madius Tangau (UPKOBN)[1]

Lahir Tuaran, Sabah
Parti politik Barisan Nasional Barisan Nasional (BN)(??-2012)
Pekerjaan Malaysia Anggota Parlimen
Religion Kristian

Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred merupakan ahli politik Malaysia dan Anggota Parlimen bagi kawasan Tuaran, Sabah dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO); sebuah parti komponen Barisan Nasional.[2]

Beliau juga pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).[3] Beliau merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Parliamen Malaysia: P170 Tuaran, Sabah[4]
Tahun Barisan Nasional Undi Peratus Pakatan Rakyat Undi Peratus
2008 Wilfred Bumburing (UPKO) 17,645 58% Umsery @ Ansari bin Abdullah (PKR) 11,023 36%

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Tuaran , negeri Sabah.[4] Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17645.

Calon lawan ialah Ajin Nazin Bin Gagah dari (Bebas) mendapat 879 undi dan hilang deposit. Umsery @ Ansari Bin Abdullah dari PKR mendapat 11,023 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 74.9 %. Undi rosak sebanyak 979.

Keluar Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran. Pada 29 Julai 2012, beliau mengumumkan keluar dari dan parti UPKO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyokong Pakatan Rakyat disebabkan oleh kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum.[5] Seterusnya melancarkan parti baru, Angkatan Perubahan Sabah (APS) atau 'Sabah Reform Front' di Dalit, Tuaran. Majlis itu turut disertai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tindakan beliau menyamai tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Madius steps aside for Bumburing". Daily Express (Malaysia). 22 February 2008. Diperolehi pada 16 March 2010. 
  2. "Mojilip bin Bumburing @ Wilfred, Y.B. Datuk Seri Panglima". Anggota Parlimen. Diperolehi pada 17 March 2010. [pautan putus]
  3. "Bumburing steps down as Upko Tuaran chief". BorneoPost. Diperolehi pada 13 Jan 2012. 
  4. 4.0 4.1 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Diperolehi pada 17 March 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  5. "MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan", Malaysiakini.com, 29 Julai 2012.