Moks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Moks (nama sebenarnya Khairullizam Selamat) ialah kartunis muda Malaysia yang menerbitkan komik sesawang yang berjudul Brosis. Nama Brosis merupakan kata lakur yang terdiri daripada dua patah perkataan, iaitu Brother & Sister.

Lerang komik tersebut pada asalnya menonjolkan dua adik-beradik yang mengupas isu-isu semasa dan jalan fikiran remaja. Kini Moks mencuba menujukan para pembacanya kepada isu yang lebih luas menerusi pandangan adik-beradik itu sendiri.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]