Mom at Sixteen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mom at Sixteen
Mom1.jpg
Mom at Sixteen
Pengarah Peter Werner
Pengarang Nancey Silvers
Muzik Richard Marvin
Sinematografi Neil Roach
Penyuntingan Tod Feuerman
Mula ditayang Amerika Syarikat Mac 2005
Australia8 September 2005
Hungary 14 Oktober 2005
Tempoh ditayang 86 Min
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Rujukan IMDb

Mom at Sixteen merupakan filem 2005 yang berkisarkan ibu berusia enam belas tahun, menghadapi masalah di sekolah dan hubungannya dengan ibunya sendiri kerana hubungannya dengan seorang lelaki sebelum kelahiran Charley.

Plot[sunting | sunting sumber]

Jacey Jeffries, (Danielle Panabaker), merupakan seorang pelajar sekolah tinggi yang berusia 16 tahun telah menjadi seorang ibu atas kesilapannya bersama teman lelakinya, Brad (Tyler Hynes) sehingga melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Charley. Pada mulanya, Jacey bersetuju untuk menyerahkan bayinya kepada sepasang suami isteri tetapi menarik semula keputusannya setelah Charley dilahirkan. Ibunya, Terry (Mercedes Ruehl) bersetuju untuk menjaga Charley dengan syarat Jacey menghabiskan persekolahannya dan menjalani hidup seperti remaja lain.

Jacey kembali ke sekolah seperti biasa. Guru kesihatan beliau, Donna Cooper (Jane Krakowski) cuba untuk mendekati pelajar untuk menghindarkan para pelajarnya dari gelajar tidak sihat, termasuklah Jacey. Suami guru tersebut, Bob (Colin Ferguson) merupakan seorang pelatih renang telah memujuk Jacey untuk menyertai pasukan renang. Donna dan Bob tidak dikurniakan anak. Suatu hari, setelah tamat latihan, Jacey rebah kerana telah mengambil sebiji pil yang dicuri dari ibunya. Di hospital, Donna melihat Jacey mendukung Charley dan lantas Donna memaksa Jacey untuk mengakui bahawa Cahrley adalah anaknya tetapi Jacey tetap dengan penafiannya. Di sekolah, berita mengenai Jasey mempunyai anak telah tersebar luas. Para pelajar percaya bahawa Jacey adalah ibu kandung kepada Charley walaupun telah dinafikan sendiri oleh Jasey.

Bapa kepada Charley, Brad masih tidak mengetahui kewujudkan Charley. Jasey cuba untuk memberitahu melalui panggilan telefon tetapi Jasey menjadi gemuruh apabila mendengar suara Brad. Jacey hanya memberitahu Brad setelah bertemu dengan Brad di sekolah Brad. Mereka menghabiskan masa seharian sebelum menyatakan mengapa dia mendiamkan diri selama lapan bulan tanpa berita. Brad yang mendapat berita mengenai kehadiran Charley, tidak dapat menerima dan meninggalkan Jacey. Beberapa minggu kemudian, Brad muncul di rumah Jacey dan memberitahu bahawa dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk mereka bertiga. Walau bagaimanapun, ketika Jacey membuat lawatan mengejut di sekolah Brad, Jacey mendapati Brad bersama seorang wanita lain dan janjinya dahulu adalah tiada makna.

Di sekolah, Jacey memberi ucapan mengenai kehamilan dan seks ketika remaja dengan menggunakan contoh dari teman-teman yang dijumpainya di perjumpaan ibu muda. Setelah majlis itu berlangsung, Donna mendapat panggilan mengenai terdapat bayi yang sedia untuk diserahkan kepadanya sebagai anak angkat. Dengan rasa yang teruja, Donna dan Bob pergi ke pusat untuk pengambilan anak anak dan mendapati Jacey bersama Charley dan ibunya berada di situ. Jacey mengambil keputusan untuk menyerahkan Charley kepada Donna dan Bob.

Jacey muncul di akhir cerita iaitu ketika Charley berusia lima tahun dan hari pertama ke tadika. Charley tidak dirahsiakan hal siapakah ibu kandungnya dan turut ditayangkan adalah bayi perempuan Donna dan Bob.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]