Mon Colle Knights

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mon Colle Knights
230px
六門天外モンコレナイト
(Rokumon Tengai Mon Colle Knight)
Genre Action
Manga
Pengarang Satoru Akahori, Katsumi Hasegawa, Hideaki Nishikawa
Anime
Pengarah Yasunao Aoki
Studio Studio Deen
Penyiaran Asal TV Tokyo, Fox Kids, Jetix, NTV7 (Malaysia)
Dikeluarkan pada 10 January 200025 December 2000
Episod 51 (Japan), 46 (English)
Portal Anime dan Manga

Mon Colle Knights, dikenali sebagai Rokumon Tengai Mon-Colle-Knight (六門天外モンコレナイト Rokumon Tengai Mon Kore Naito?) Enam Pintu Yang Jauh, Mon Colle Knights di Jepun, merupakan siri anime dan manga yang dicipta oleh Hitoshi Yasuda dan Group SNE. Siri ini berdasarkan permainan kad Monster Collection. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran TV3, dan kini ditayang di Astro melalui saluran 64 Astro Ceria.

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengisahkan Mondo Ohya dan teman (wanita)nya Rokuna Hiiragi serta bapa kepada Rokuna yang mencipta satu cara untuk pergi ke Dunia Enam Pintu (六門世界 Rokumon Sekai) yang merupakan tempat tinggal pelbagai makhluk ajaib. Mereka bersama-sama cuba mencari enam mon-mon item yang, apabila dicantumkan, mampu menggabungkan Dunia Enam Pintu dengan Bumi demi kebaikna kedua-dua dunia. Rokuna dan Mondo bergabung menjadi Mon Colle Knights yang boleh bergabung dengan raksasa setelah membaca sebaris mantera, lalu mengawal raksasa tersebut untuk bertarung dan juga menolong.

Dalam hampir setiap episod, mereka bertarung dengan Putera Collection dan dua orang konco-konconya yang juga memburu benda yang sama seperti Mon Colle Knights, cuma mereka ingin menggunakan item tersebut untuk menguasai kedua-dua dunia.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Mon Colle Knights[sunting | sunting sumber]

  • Mondo Ohya (大矢門斗 Ōya Mondo): Budak lelaki yang suka mengembara dan cuba mengumpul mon-mon item untuk menggabungkan dunianya dengan dunia Enam Pintu demi keamanan dan persaudaraan. Meskipun cergas dan tabah, Mondo mempunyai masalah kecil yang bahawa dia sering berambang mata dengan gadis cantik (seperti Kahimi).
  • Rokuna Hiragi (柊六奈 Hiiragi Rokuna): Teman wanita Mondo yang pintar dan sama tujuan dengan Mondo. Dia mempunyai kebolehan telepatik khas untuk berkomunikasi dengan raksasa. Setiap kali teman lelakinya Mondo berambang mata dengan gadis lain, Rokuna menjadi garang lalu menghantuk Mondo.
  • Jane (ジャーネ Jāne): Seekor makhluk dari spesis Zeechi yang dijadikan peliharaan Rokuna.
  • Professor Ichiroubei Hiragi (柊一郎兵衛 Hiiragi Ichirōbei): Bapa Rokuna dan seorang saintis gila yang menemui Dunia Enam Pintu lalu menginginkan dunia manusia untuk mengetahuinya agar dia dapat memperoleh pelbagai anugerah.
  • Panchipanchi (パンチパンチ): Raksasa kecil berbentuk kera yang suka menumbuk-numbuk.

Pasukan Collection[sunting | sunting sumber]

  • Count Ludwig Presto Von Meinstein Collection: Watak jahat utama, seorang aristorat muda dari Eropah yang bersifat keperempuanan dan ingin menakluki Dunia Enam Pintu. Namun dia dilihat sebagai kurang menyengat gara-gara kelakuan sasat dan personanya yang kadang-kadang hysterik.
  • Chuzaemon Takenaka (竹中忠左衛門 Takenaka Chūzaemon): Pengasuh Collection yang sering menghukum Collection kerana kesalahannya (serta kekurangan sifat lelakinya) dengan senaman menyakitkan yang berkaitan dengan isi kandungan setiap episod. Dia sering muncul di merata tempat.
  • Guko (グーコ Gūko): Konco Collection yang lemah lembut. Dia sering terlepas daripada Takenaka apabila tiba masa hukuman dan banyak bernasib baik kerana dia tidak pernah kelihatan tercedera berbanding berbanding rakan seperjuangannya.
  • Batchi (バッチ Bacchi): Konco Collection yang bengis. Namun, dia turut dihukum dengan bosnya oleh Takenaka.
  • Repuri-chan (レプリちゃん): binatang peliharaan Guko yang merupakan Leprechaun.
Jalan cerita tamat di sini.