Monkey D. Luffy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Monkey D. Luffy
Watak One Piece
Luffyonepiece3.jpg
Monkey D. Luffy
Kemunculan pertama Manga Buku #1-Bab #1
Anime Episod #1
Dicipta oleh Eiichiro Oda
Profil
Nama panggilan "Luffy Topi Jerami"
"Sauh" (Shanks dan Don Krieg)
"Budak Getah" (sendiri)
Spesies Manusia
Jantina Lelaki
Saudara

Monkey D. Garp (Datuk) Monkey D. Dragon (Bapa)

Portgas D. Ace (Abang)
Ganjaran 400,000,000 Beli
Buah syaitan
Nama "Gomu Gomu no Mi" (Jepun)
Jenis Paramecia
Kuasa Badan pengguna memiliki ciri ciri regangan getah yang sangat fleksibel. Ini membolehkan pengguna meregangkan anggota badan atau melipat badan tanpa rasa sakit. Impak dari objek tumpul tidak memberi sebarang kesan pada bahagian yang dihentam. Pengguna juga kebal daripada kejutan arus elektrik kerana sifat getah sebagai penebat semulajadi arus elektrik.

Monkey D. Luffy (モンキー・D・ルフィ?) merupakan protagonis utama di dalam anime dan manga One Piece. Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latarbelakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gol D Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.

Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebaranb benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.

Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.

Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.

Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SBS: One Piece Manga - Vol.4, Chapter 27, Fan question: What are the ages of Luffy, Zoro, Nami, and Shanks?((JP) ISBN 4-08-872594-8 (AS) ISBN 1-59116-337-4 )
  2. SBS: One Piece Manga - Vol.15, Chapter 130, Fan question Oda-sensei!! I've been thinking about this a lot... what are Luffy, Zoro, Nami, Usopp and Sanji's birthdays? Tell us!! ((JP) ISBN 4-08-873009-7 (AS) ISBN 1-4215-1092-8 )

Pautan luar[sunting | sunting sumber]