Monolog Duka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Monolog Duka
Album studio oleh
Dilancarkan pada1993
GenreTradisional
SyarikatSony Music
Kronologi Noraniza Idris
Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama
(1991)
Monolog Duka
(1993)
Ala Dondang
(1997)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Monolog Duka merupakan album solo nyanyian penyanyi popular Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 1993. Album ini menyaksikan Ani bekerjasama dengan penyanyi popular Razak Ahmad.

Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Ani bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.

Bertitik tolak dari album inilah, Ani bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya, pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.