Monosodium glutamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mononatrium glutamat)
Monosodium glutamat
Chemical composition of monosodium glutamate
Nama
Nama IUPAC
Sodium 2-aminopentanedioate
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.005.035
Nombor EC
  • 205-538-1
Nombor E E621 (penambah perisa)
UNII
  • InChI=1S/C5H9NO4.Na/c6-3(5(9)10)1-2-4(7)8;/h3H,1-2,6H2,(H,7,8)(H,9,10);/q;+1/p-1/t3-;/m0./s1 ☑Y
    Key: LPUQAYUQRXPFSQ-DFWYDOINSA-M ☑Y
  • InChI=1/C5H9NO4.Na/c6-3(5(9)10)1-2-4(7)8;/h3H,1-2,6H2,(H,7,8)(H,9,10);/q;+1/p-1/t3-;/m0./s1
    Key: LPUQAYUQRXPFSQ-SYBSRVMOBZ
  • [Na+].O=C([O-])[C@@H](N)CCC(=O)O
Sifat
C5H8NNaO4
Jisim molar 169.11 g·mol−1
Rupa bentuk Serbuk berhablur putih
Takat lebur 232 °C (450 °F; 505 K)
740 g/L
Bahaya
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 0: Tidak terbakar. Cth, airKesihatan kod 0: Pendedahan dalam keadaan api tiada bahaya akan berlaku berbanding bahan bakar yang biasa. Cth, natrium kloridaKereaktifan kod 0: Biasanya stabil, walaupun di bawah keadaan pendedahan api, dan tidak reaktif dengan air. Cth, nitrogen cecairBahaya khas (putih): tiada kod
0
0
0
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
15800 mg/kg (tikus, melalui mulut)[1]
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Monosodium glutamat, juga dikenali sebagai mononatrium glutamat [2] atau MSG, ialah garam natrium berasaskan asid glutamik, salah satu asid amino tidak perlu yang wujud secara semulajadi dengan banyak. [3] Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat mengkelaskannya MSG sebagai bahan “Pada Umumnya Selamat” (GRAS) manakala Kesatuan Eropah mengkelaskannya sebagai bahan tambahan makanan. MSG mempunyai kod HS 29224220 dan nombor E E621. [4] Glutamat dalam MSG memberikan rasa umami yang sama dengan glutamat daripada makanan lain. Kedua-duanya adalah sama dari segi kimia. [5]Industri pengeluar makanan memasarkan dan menggunakan MSG sebagai penambah perisa kerana ia mengimbangkan, menyebatikan dan menyatukan keseluruhan persepsi rasa-rasa yang lain. [6] [7] Nama dagang monosodium glutamat termasuklah AJI-NO-MOTO®, Vetsin, dan Ac'cent.

Penciptaan MSG[sunting | sunting sumber]

Profesor Kikunae Ikeda telah mengasingkan asid glutamik sebagai bahan rasa yang baru pada tahun 1908 daripada rumpai laut Laminaria japonica, iaitu kombu, melalui pengekstrakan akua dan penghabluran, dan menamakan rasanya umami. [8] Beliau perasan bahawa kaldu Jepun iaitu katsuobushi dan kombu mempunyai rasa pelik yang belum pernah digambarkan secara saintifik pada masa itu dan berbeza daripada rasa manis, masin, masam dan pahit. [9] Untuk mengesahkan bahawa glutamat terion adalah bertanggungjawab bagi rasa umami, Profesor Ikeda mengkaji sifat-sifat rasa banyak garam glutamat seperti kalsium, kalium, ammonium, dan magnesium glutamat. Semua garam-garam ini mempunyai rasa umami sebagai tambahan kepada rasa berlogam tertentu yang disebabkan oleh mineral-mineral lain. Di antara garam-garam tersebut, natrium glutamat merupakan yang paling larut dan sedap, dan mudah terhablur. Profesor Ikeda telah menamakan produk ini monosodium glutamat dan memfailkan paten untuk menghasilkan MSG. [10][9]Adik-beradik Suzuki memulakan penghasilan komersil MSG pada tahun 1909 sebagai AJI-NO-MOTO®, bermaksud intipati rasa dalam bahasa Jepun, pertama kali monosodium glutamat dihasilkan di dunia. [11][12][13]

Penghasilan dan sifat-sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Sejak kali pertama MSG dilancarkan di pasaran, ia telah dihasilkan melalui tiga kaedah: (1) hidrolisis protein sayur-sayuran dengan asid hidroklorik untuk memusnahkan ikatan peptida (1909 -1962), (2) sintesis kimia secara langsung dengan menggunakan akrilonitril (1962 – 1973), dan (3) fermentasi bakteria yang merupakan kaedah semasa. [13] Pada mulanya, gluten gandum telah digunakan untuk hidrolisis kerana ia mengandungi lebih daripada 30 g glutamat dan glutamin dalam 100 g protein. Tetapi oleh kerana pengeluaran MSG untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat, proses-proses pengeluaran yang baru telah dikaji: sintesis kimia dan penapaian. Industri gentian poliakrilik bermula di Jepun pada pertengahan tahun 1950an dan akrilonitril digunakan pada masa itu sebagai bahan permulaan untuk mensintesis MSG. [14] Kini, kebanyakan pengeluaran MSG dunia adalah daripada penapaian bakteria dalam proses yang serupa dengan wain, cuka, dadih dan juga koko. Natrium ditambahkan kemudian melalui langkah peneutralan. Semasa penapaian, bakteria terpilih (bakteria korineform) yang dibiak dengan ammonia dan karbohidrat daripada bit gula, tebu, ubi kayu atau molases, merembeskan asid amino ke dalam kaldu pembiakan di mana L-glutamat diasingkan. Kyowa Hakko Kogyo Co Ltd membangunkan penapaian industri yang pertama untuk menghasilkan L-glutamat. [15] Kini, hasil penukaran dan kadar pengeluaran daripada gula ke glutamat terus meningkat dalam pengeluaran industri bagi MSG, yang membolehkan ia memenuhi permintaan. [13] Produk terakhir selepas penurasan, kepekatan, pengasidan dan penghabluran ialah glutamat tulen, natrium dan air. Ia merupakan sejenis serbuk berhablur putih dan tidak berbau, yang apabila dilarutkan berpisah kepada glutamat dan natrium. Ia larut dalam air tetapi tidak higroskopik dan tidak boleh larut dalam pelarut organik seperti eter. [16] Secara umumnya, MSG adalah stabil di dalam keadaan pemprosesan makanan yang biasa. Dalam masakan, MSG tidak terurai, tetapi seperti asid amino yang lain, pemerangan atau tindakbalas Maillard akan terjadi dalam kewujudan gula pada suhu yang sangat tinggi. [11]

Penggunaan MSG[sunting | sunting sumber]

MSG tulen tidak mempunyai rasa yang enak secara bersendirian jika ia tidak dicampur dengan bau savouri yang sejajar. [17] Sebagai perisa dan dalam jumlah yang betul, MSG mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sebatian aktif rasa yang lain dengan mengimbangkan dan menyedapkan rasa keseluruhan masakan tertentu. MSG serasi dengan daging, ikan, ternakan, banyak sayur-sayuran, sos, sup dan perap, dan meningkatkan tahap kesukaan terhadap makanan tertentu secara keseluruhan, seperti sup jernih daging.[6] Tetapi seperti rasa asas yang lain kecuali sukrosa, MSG meningkatkan kesedapan hanya dalam jumlah yang betul. MSG yang berlebihan memusnahkan rasa sesuatu hidangan. Walaupun jumlah ini berbeza mengikut jenis makanan, bagi sup jernih skor rasa kesedapan akan menurun dengan cepat jika kepekatan MSG lebih daripada 1 g bagi setiap 100 ml [18] Tambahan pula, terdapat interaksi di antara MSG dan garam (natrium klorida) dan bahan umami yang lain seperti nukleotida. Semua perlu berada dalam kepekatan yang optimum untuk kesedapan maksimum. Dengan sifat-sifat ini, MSG boleh digunakan untuk mengurangkan pengambilan garam (natrium), yang boleh menyebabkan hipertensi, penyakit jantung dan strok. Rasa makanan rendah garam akan menjadi lebih sedap dengan adanya MSG walaupun dengan pengurangan garam sebanyak 30%. Kandungan natrium (dalam peratus jisim) dalam MSG adalah kira-kira 3 kali lebih rendah (12%) berbanding dengan natrium klorida (39%). [19] Garam-garam glutamat yang lain telah digunakan dalam sup kurang garam, tetapi ia menghasilkan kesedapan yang kurang berbanding dengan MSG. [20]

Keselamatan MSG sebagai penambah perisa[sunting | sunting sumber]

MSG telah digunakan dengan selamat selama lebih daripada 100 tahun untuk memperasakan makanan. Dalam tempoh ini, kajian yang meluas telah dijalankan untuk menjelaskan peranan, manfaat dan keselamatan MSG. Setakat ini, badan-badan antarabangsa dan nasional bagi keselamatan bahan tambahan makanan menganggap MSG sebagai selamat untuk digunakan oleh manusia sebagai penambah perisa. [21] “kompleks gejala MSG” pada asalnya diistilahkan sebagai “Sindrom Restoran Cina” apabila secara anekdot Robert Ho Man Kwok melaporkan gejala yang beliau alami selepas memakan hidangan Cina Amerika. Kwok mencadangkan beberapa sebab di sebalik gejala tersebut, termasuk alkohol daripada wain masakan, kandungan natrium, atau perasa MSG. Tetapi MSG menjadi tumpuan dan gejala-gejala tersebut telah dikaitkan dengan MSG sejak itu. Kesan wain atau kandungan garam tidak pernah dikaji.[22] Selepas beberapa tahun, senarai gejala tidak khusus telah berkembang pada dasar anekdot. Dalam keadaan yang biasa, kita mempunyai keupayaan untuk memetabolismakan glutamat yang mempunyai ketoksikan akut yang amat rendah. Dos maut oral pada 50% subjek (LD50) ialah di antara 15 hingga 18 g/kg berat badan dalam tikus dan tikus muncit masing-masing, 5 kali lebih tinggi berbanding dengan LD50 garam (3 g/kg dalam tikus). Oleh yang demikian, pengambilan MSG sebagai bahan tambahan makanan dan tahap semulajadi asid glutamik dalam makanan tidak mendatangkan kebimbangan toksikologi kepada manusia. [21] Laporan dari Persekutuan Persatuan Amerika untuk Biologi Uji Kaji (FASEB) yang telah disediakan pada tahun 1995 bagi pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) merumuskan bahawa MSG adalah selamat apabila “dimakan dalam tahap biasa” dan walaupun nampaknya terdapat sekumpulan kecil individu sihat yang bertindak balas terhadapkompleks gejalaMSG apabila didedahkan kepada 3 g MSG tanpa makanan, MSG belum dapat dikenal pasti sebagai punca gejala tersebut kerana senarai kompleks gejala MSG adalah berdasarkan kepada laporan testimoni. [23] Laporan ini juga menunjukkan bahawa tiada data untuk menyokong peranan glutamat dalam penyakit kronik atau penyakit yang melemahkan. Kajian klinikal buta berganda pelbagai pusat yang dikawal telah gagal untuk menunjukkan hubungan di antara kompleks gejala MSG dengan pengambilan MSG di dalam individu yang dipercayai mengalami tindak balas yang buruk terhadap MSG. Tiada kaitan statistik telah ditunjukkan, terdapat beberapa maklum balas dan ia tidak konsisten. Tiada gejala telah diperhatikan apabila MSG diberikan bersama makanan. [24][25][26][27]

Kawalan yang mencukupi bagi uji kaji berat sebelah termasuk reka bentuk uji kaji buta berganda yang dikawal plasebo (DBPC) dan penggunaan di dalam kapsul kerana rasa kesan glutamat yang kuat dan unik. [25] Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Tarasoff dan Kelly (1993), 71 peserta yang telah berpuasa diberikan 5 mg MSG dan kemudian diberikan sarapan lazim. Hanya terdapat satu reaksi, dan ia adalah terhadap plasebo dalam individu yang mengaku peka terhadap MSG. [22] Dalam satu lagi kajian lain yang telah dijalankan oleh Geha et al. (2000), mereka menguji reaksi 130 subjek yang melaporkan kepekaan terhadap MSG. Pelbagai ujian percubaan DBPC telah dijalankan dan hanya subjek yang mengalami sekurang-kurangnya dua gejala diteruskan. Hanya 2 orang daripada keseluruhan kajian bertindak balas dalam kesemua empat cabaran. Oleh kerana jumlah yang rendah, para penyelidik mencapai keputusan bahawa tindak balas terhadap MSG tidak dapat diulang. [28]

Kajian-kajian tambahan yang telah menyiasat sama ada MSG menyebabkan obesiti telah memberikan keputusan yang bercampur.[29][30] Terdapat beberapa kajian yang menyiasat kaitan anekdot di antara MSG dan asma; bukti pada masa ini tidak menyokong sebarang kaitan. .[31]

Oleh kerana glutamat merupakan neurotransmiter yang penting di dalam otak manusia, yang memainkan peranan utama dalam pembelajaran dan memori, terdapat kajian yang berterusan oleh pakar neurologi tentang kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh MSG dalam makanan tetapi tiada kajian kukuh yang menunjukkan sebarang kaitan. .[32]

Australia dan New Zealand[sunting | sunting sumber]

Piawai Makanan Australia New Zealand[33] (FSANZ) menyatakan “bukti yang kukuh dari bilangan kajian santifik yang banyak” untuk menafikan sekaligus sebarang kaitan di antara MSG dan “reaksi buruk yang serius” atau “kesan berpanjangan”, mengisytiharkan MSG “selamat untuk populasi umum”. Walau bagaimanapun, ia menerangkan bahawa dalam kurang daripada 1 % populasi , individu yang sensitif mungkin mengalami kesan sampingan “sementara” seperti “sakit kepala, kekebasan/sesemut, kulit menjadi merah, kekejangan otot, dan kelemahan yang umum” terhadap jumlah MSG yang banyak diambil dalam satu hidangan. Orang yang berasa diri mereka peka terhadap MSG adalah digalakkan untuk mengesahkan hal ini melalui penilaian klinikal yang bersesuaian.

Piawai 1.2.4 dari Kod Piawai Makanan Australia dan New Zealand memerlukan kehadiran MSG sebagai bahan tambahan makanan untuk dilabel pada bungkusan makanan. Label berkenaan mesti menyatakan nama kelas bahan tambahan makanan (cth. penambah perisa), diikuti dengan sama ada nama bahan tambahan makanan, MSG, atau nombor Sistem Penomboran Antarabangsanya (INS), 621. [34]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Monosodium glutamat (MSG) merupakan salah satu daripada beberapa bentuk asid glutamik yang terdapat dalam makanan, sebab utama ialah kerana asid glutamik, yang merupakan asid amino, mempunyai sifat merebak. Asid glutamik dan garam-garamnya juga boleh didapati di dalam pelbagai jenis bahan tambahan makanan yang lain, termasuk protein sayur-sayuran terhidrolisis, yis terautolisis, yis terhidrolisis, ekstrak yis, ekstrak kicap, dan pencilan protein, yang mesti dilabel dengan nama-nama biasa dan selalu digunakan ini. Sejak tahun 1998, MSG tidak boleh dimasukkan ke dalam istilah “rempah dan perisa”. Bahan tambahan makanan disodium inosinat dan disodium guanilat, yang merupakan ribonukleotida, biasanya digunakan dalam sinergi dengan bahan-bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Walau bagaimanapun, istilah “perisa semulajadi” kini digunakan oleh industri makanan apabila ia menggunakan asid glutamik (MSG tanpa garam natrium). Oleh kerana kekurangan peraturan FDA, adalah mustahil untuk menentukan berapa peratus daripada ‘perisa semulajadi’ tersebut adalah asid glutamik.

FDA menganggap label seperti “Tiada MSG” atau “Tiada MSG Tambahan” sebagai mengelirukan jika makanan tersebut mengandungi bahan-bahan yang merupakan sumber glutamat bebas, seperti protein terhidrolisis. Pada tahun 1993, FDA telah mencadangkan untuk menambahkan perkataan “(mengandungi glutamat)” kepada nama-nama yang biasa dan selaludigunakan bagi hidrolisat protein tertentu yang mengandungi jumlah glutamat yang banyak.

Dalam buku versi tahun 2004 beliau On Food and Cooking (Pada Makanan dan Masakan), penggemar makanan dan pengarang Harold McGee menyatakan bahawa “[selepas banyak kajian], pakar toksikologi telah merumuskan bahawa MSG merupakan bahan yang tidak berbahaya bagi kebanyakan orang, walaupun digunakan dalam jumlah yang besar.” [35]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Monosodium glutamate NF". NLM.NIH.gov. U.S. National Library of Medicine, ChemIDplus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 11 August 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mononatrium+glutamat
  3. ^ Ninomiya K (1998). "Kejadian Semulajadi". Food Reviews International. 14 (2&3): 177–211. doi:10.1080/87559129809541157.
  4. ^ http://www.food.gov.uk/safereating/chemsafe/additivesbranch/enumberlist
  5. ^ Ikeda K (2002). "Perisa baru". Chem Senses. 27 (9): 847–849. doi:10.1093/chemse/27.9.847. PMID 10736352. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Loliger J (2000). "Fungsi dan kepentingan Glutamat bagi Makanan Savuri". Journal of Nutrition. 130 (4s Suppl): 915s–920s. PMID 12438213. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  7. ^ Yamaguchi S (1991). "Sifat-sifat asas umami dan kesan terhadap manusia". Physiology & Behavior. 49 (5): 833–841. doi:10.1016/0031-9384(91)90192-Q. PMID 1679557. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ Lindemann B, Ogiwara Y, Ninomiya Y (2002). "Penemuan umami". Chem Senses. 27 (9): 843–844. doi:10.1093/chemse/27.9.843. PMID 12438211. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ a b Ikeda K (2002). "Perisa baru". Chem Senses. 27 (9): 847–849. doi:10.1093/chemse/27.9.847. PMID 12438213. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  10. ^ Ikeda K (1908). "Kaedah penghasilan perisa biasanya mengandungi garam asid L-glutamik". Cite journal requires |journal= (bantuan) Japanese Patent 14804
  11. ^ a b Yamaguchi S, Ninomiya K (1998). "Apa itu umami?". Food Reviews International. 14 (2 & 3): 123–138. doi:10.1080/87559129809541155.
  12. ^ Kurihara K (2009). "Glutamat: dari penemuan sebagai perisa makanan ke peranan sebagai rasa asas (umami)?". The American Journal of Clinical Nutrition. 90 (3): 719S–722S. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)doi:10.3945/ajcn.2009.27462D. PMID 19640953.
  13. ^ a b c Chiaki Sano (2009). "Sejarah penghasilan glutamat". The American Journal of Clinical Nutrition. 90 (3): 728S–732S. doi:10.3945/ajcn.2009.27462F. PMID 19640955. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  14. ^ Yoshida T (1970). "Pengeluaran industri asid glutamik yang aktif secara optik melalui sintesis penuh". Chem Ing Tech. 42: 641–644.
  15. ^ Kinoshita S, Udaka S, Shimamoto M (1957). "Kajian tentang penapaian asid amino. Bahagian I. Penghasilan asid L-glutamik oleh pelbagai mikroorganisma". J Gen Appl Microbiol. 3: 193–205.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ Win. C., ed (1995). Principles of Biochemistry. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link) Boston, MA: Brown Pub Co..
  17. ^ Rolls ET (2009). "Neuropengimejan berfungsi rasa umami: apakah yang membuatkan umami sedap?". The American Journal of Clinical Nutrition. 90 (3): 804S–813S. doi:10.3945/ajcn.2009.27462R. PMID 19571217. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  18. ^ Kawamura Y, Kare MR, ed (1987). Umami: rasa asas. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link) New York, NY: Marcel Dekker Inc..
  19. ^ Yamaguchi S, Takahashi C (1984). "Interaksi monosodium glutamat dengan natrium klorida ke atas kemasinan dan kesedapan sup jernih". Journal of Food Science. 49 (1): 82–85. doi:10.1111/j.1365-2621.1984.tb13675.x. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  20. ^ Ball P, Woodward D, Beard T, Shoobridge A, Ferrier M (2002). "Kalsium diglutamat meningkatkan sifat-sifat rasa sup rendah garam". Eur J Clin Nutr. 56 (6): 519–523. doi:10.1038/sj.ejcn.1601343. PMID 12032651. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  21. ^ a b Walker R, Lupien JR (2000). "Penilaian keselamatan bagi monosodium glutamat". Journal of Nutrition. 130 (4S Suppl): 1049S–1052S. PMID 10736380. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  22. ^ a b Freeman, M (2006). "Mempertimbangkan semula kesan-ksesan monosodium glutamat: Ulasan kesusasteraan". Journal of the American Academy of Nurse Practicioners. 18 (10): 482–486. doi:10.1111/j.1745-7599.2006.00160.x. PMID 16999713.
  23. ^ Raiten DJ, Talbot JM, Fisher KD (1996). "Kesimpulan Eksekutif dari Laporan: Analisis Reaksi Buruk terhadap Monosodium Glutamat (MSG)". Journal of Nutrition. 126 (6): 1743–1745. PMID 7472671.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  24. ^ Geha RS, Beiser A, Ren C; dll. (2000). "Penyemakan reaksi terhadap monosodium glutamat dan keputusan kajian kawalan plasebo buta berganda pelbagai pusat". J. Nutr. 130 (4S Suppl): 1058S–62S. PMID 10736382. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) http://jn.nutrition.org/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=10736382
  25. ^ a b Tarasoff L., Kelly M.F (1993). "Monosodium L-glutamat: kajian dan penyemakan buta berganda". Food Chem. Toxicol. 31 (12): 1019–1035. doi:10.1016/0278-6915(93)90012-N. PMID 8282275.
  26. ^ Freeman M (2006). "Mempertimbangkan semula kesan-kesan monosodium glutamat: penyemakan kesusasteraan". J Am Acad Nurse Pract. 18 (10): 482–6. doi:10.1111/j.1745-7599.2006.00160.x. PMID 16999713.
  27. ^ Walker R (1999). "Kepentingan penerokaan melebihi ADI. Kes kajian: monosodium glutamat". Regul. Toxicol. Pharmacol. 30 (2 Pt 2): S119–S121. doi:10.1006/rtph.1999.1337. PMID 10597625. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  28. ^ Willams, A. N., and Woessner, K.M (2009). "'Alahan' Monosodium glutamat : ancaman atau mitos?". Clinical & Experimental Allergy. 39 (5): 640–64. doi:10.1111/j.1365-2222.2009.03221.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  29. ^ Shi, Z; Luscombe-Marsh, ND; Wittert, GA; Yuan, B; Dai, Y; Pan, X; Taylor, AW (2010). "Monosodium glutamat tidak berkaitan dengan obesiti atau lebih cenderung untuk meningkatkan berat badan dalam 5 tahun: Penemuan dari Kajian Nutrisi Jiangsu ke atas orang Cina dewasa". The British journal of nutrition. 104 (3): 457–63. doi:10.1017/S0007114510000760. PMID 20370941.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  30. ^ Nicholas bakalar (Ogos 25, 2008). "Nutrisi: Penggunaan MSG Dikaitkan dengan Obesiti". The New York Times. http://www.nytimes.com/2008/08/26/health/nutrition/26nutr.html. Didapatkan semula pada 2010-11-10. "Pengambilan monosodium glutamat, atau MSG, bahan tambahan makanan yang digunakan secara meluas, boleh meningkatkan kebarangkalian obesiti, kata kajian baru."
  31. ^ Stevenson, D. D (2000). "Monosodium glutamat dan asma". J. Nutr. 130 (4S Suppl): 1067S–1073S. PMID 10736384.
  32. ^ Nicholas J. Maragakis, MD; Jeffrey D. Rothstein, MD, PhD (2001;58:365-370). "Penghantar Glutamat dalam Penyakit Neurologi". Neurology. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) http://archneur.ama-assn.org/cgi/content/extract/58/3/365?maxtoshow=&hits=10&RESULTFORMAT=&fulltext=monosodium+glutamate&searchid=1&FIRSTINDEX=0&resourcetype=HWCIT. Didapatkan semula pada 2010-11-10. " Glutamat ialah neurotransmiter asid amino ujaan yang utama dalam otak manusia. Ia adalah penting dalam keplastikan sinapsis, pembelajaran dan perkembangan. Aktivitinya dalam rekahan sinapsis diimbangkan dengan teliti oleh pentakaktifan reseptor dan pengambilan semula glutamat.Apabila imbangan ini diganggu, glutamat yang berlebihan boleh menjadi neurotoksik... Pengaktifan  berlebihan ini boleh menyebabkan kejadian enzim yang melata yang akhirnya mengakibatkan kematian sel.”
  33. ^ "MSG Dalam Makanan". Food Standards Code. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-28. Dicapai pada 2012-03-21. Piawai Makanan Australia New Zealand.http://www.foodstandards.gov.au/scienceandeducation/factsheets/factsheets2008/msginfood.cfm. Didapatkan semula pada 17 Mei, 2010.
  34. ^ "Standard 1.2.4 Pelabelan Bahan-bahan". Food Standards Code. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-21. Dicapai pada 2012-03-21. Piawai Makanan Australia New Zealand.http://www.foodstandards.gov.au/foodstandards/foodstandardscode/standard124labelling4231.cfm. Didapatkan semula pada 15 Mei, 2010.
  35. ^ curiouscook.com McGee, Harold, On Food and Cooking, the Science and Lore of the Kitchen, 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.