Monumen Nasional
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
| Monumen Nasional | |
|---|---|
| Bangunan | |
| Lokasi | Jakarta Pusat, Indonesia |
| Alamat | Jalan Lapangan Monas |
| Pembinaan | |
| Dimulakan | 17 Ogos 1961 |
| Disiapkan | 12 Julai 1975 |
| Dirasmikan | 12 Julai 1975 |
| Tinggi | 132 meter |
| Kontraktor utama | P.N. Adhi Karya (tiang fondasi) |
| Pasukan reka bentuk | |
| Arkitek | Frederich Silaban, R.M. Soedarsono |
Monumen Nasional atau yang popular disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendpatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Tugu dan muzium ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00am - 15.00pm Waktu Indonesia Barat. Pada hari Isnin setiap bulannya ditutup untuk orang awam.