Motosikal dan skuter elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Motosikal elektrik Brammo Enertia.

Motosikal dan skuter elektrik merupakan kenderaan bermotor dengan dua atau tiga roda yang menggunakan motor elektrik untuk menggerakkannya. Motosikal elektrik, jika dibandingkan dengan skuter, tidak mempunyai kerangka boleh langkah kecuali motosikal kapcai elektrik seperti Modenas CTric.

Mula diterima ramai sebagai salah satu bentuk pengangkutan yang berupaya malah menarik, terutamanya di kawasan perbandaran berpenduduk padat, kenderaan elektrik beroda dua ialah satu kategori yang turut merangkumi basikal elektrik, skuter elektrik tendang, motosikal elektrik, dan skuter elektrik. Menurut laporan tahun 2010 oleh Pike Research, jualan kenderaan elektrik beroda dua di seluruh dunia dijangkakan akan meningkat pada kadar pertumbuhan terkumpul tahunan sebanyak 9.4% menjelang 2016.[1]

Punca kuasa[sunting | sunting sumber]

Yamaha FC Aqel

Secara amnya, punca kuasa utama bagi motor elektrik ialah bateri, tetapi sudah ada prototaip motosikal yang menggunakan teknologi sel bahan api, contohnya ENV oleh Intelligent Energy, skuter Honda yang menggunakan Honda FC Stack, serta Yamaha FC-AQEL. Selain itu, motosikal hibrid petrol-elektrik turut boleh didapati, contohnya Ecycle dan Yamaha Gen-RYU.

Kelebihan dan kelemahan[sunting | sunting sumber]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  1. Kos bahan api bagi bekalan elektrik adalah lebih kurang 25% daripada kos bahan api petrol (AS, pertengahan 2008)[2]
  2. Hampir senyap
  3. Pecutan lebih baik daripada motosikal konvensional pada kelajuan yang sama
  4. Sesetengah motosikal mempunyai bateri litium-ion boleh tanggal yang boleh dicas pada mana-mana soket 120/230V di luar motosikal
  5. Mesra alam (kerana tiada gas ekzos yang dihasilkan)
  6. Sesetengah negara memberi insentif seperti pengecualian cukai serta pengecualian bayaran parkir terhadap kenderaan elektrik
  7. Tidak perlu pergi ke stesen minyak—boleh dicas di rumah atau di stesen mengecas. Namun, menukar bateri adalah lebih pantas
  8. Boleh digunakan pada sistem kenderaan ke grid (V2G)
  9. Kurang kos penyelenggaraan serta kurang penyelenggaraan yang diperlukan
  10. Boleh ditunggang di dalam rumah (kerana tidak menghasilkan gas ekzos toksik seperti karbon monoksida)
  11. Lebih mampu milik daripada kereta elektrik
  12. Kebanyakan model tidak memerlukan penunggang menukar gear, memudahkan pengendalian
  13. Hidup segera, tidak perlu dipanaskan
  14. Haba yang terhasil pada motor elektrik adalah sangat kurang berbanding enjin pembakaran dalaman
Skuter (dan basikal) elektrik diparkir di Chengdu, China.
Mengecas bateri skuter elektrik, menggunakan pengecas kecil yang dipalamkan pada soket 250 V biasa.

Keburukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kos permulaan boleh jadi lebih tinggi daripada motosikal atau skuter petrol, bergantung kepada jenis bateri yang digunakan
  2. Jarak perjalanan yang lebih pendek sebelum perlu dicas semula
  3. Masa mengecas yang lama
  4. Kelajuan maksimum yang rendah pada takat harga yang sama
  5. Jika ada pun, soket elektrik domestik biasanya terletak jauh daripada kawasan parkir, menyebabkan penghuni pangsapuri serta penunggang yang memparkir motosikalnya di bandar tidak dapat mengecas bateri motosikalnya
  6. Kapasiti bateri akan jatuh sehingga serendah 20% semasa musim sejuk pada suhu -20 °C. Kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan bateri litium yang lebih tahan sejuk
  7. Keadaan motosikal yang senyap juga menyebabkan penunggang lebih sukar untuk dikesan oleh pemandu kereta dan lori; maka, ketiadaan bunyi bising enjin boleh menyebabkan penunggang motosikal elektrik lebih berisiko mengalami kemalangan berbanding penunggang motosikal petrol
  8. Bateri motosikal perlu dijaga walaupun semasa motosikal tidak digunakan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]