Mouride

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persaudaraan Mouride (Persaudaraan Muride dalam bahasa Wolof, الطريقة المريدية, At-Tarīqat al-Murīdiyya atau ringkasnya مريدية, Murīdiyya dalam bahasa Arab) ialah tarekat sufi terbesar dan terkemuka di Senegal dan Gambia, dengan markas di bandar Touba, Senegal. Para pengikutnya digelar sebagai Mouride, dari perkataan Arab murid (secara harfiah bererti 'orang yang berkeinginan'), satu istilah yang biasanya digunakan dalam ilmu sufi untuk menggelar pengikut petunjuk rohaniah. Kepercayaan dan amalan para Mouride membentuk aliran Mouride.