Mr. Os (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mr. Os
PengarahA. R. Badul
PenulisA. R. Badul
Dibintangi
Tarikh tayangan
1987
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Mr. Os merupakan sebuah filem komedi Malaysia 1987. Filem Mr. Os diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Mr. Os mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Mr. Os, Rima Rashidi, Ziela Jalil, Salih Yaacob dan ramai lagi. Filem ini diinspirasikan dari filem Hollywood 'Brewster's Millions' lakonan Richard Pryor pada tahun 1985.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Mr. Os diarah oleh pengarah A. R . Badul pada 1987.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Os adalah seorang lelaki Perak yang pada mulanya menjaga swimming pool, menjual durian D24 dan juga sahabat yang sejati. Os mendapat harta peninggalan datuknya sebanyak RM 500,000. Dia mesti menghabiskan wang itu dalam tempoh 21 hari tanpa membeli harta untuk simpanan sendiri. Sekiranya dia gagal berbuat demikian harta warisan itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat milik En Bakar dan Mr Tan iaitu rakan seperniagaan datuknya dahulu. Walaupun Os berbelanja boros, pada hari terakhir sebelum tempoh tamat os masih ada M$20,000.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Mr. Os melakonkan watak dirinya sendiri dalam filem ini.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Durian Dah Berbunga (Deghoyan Dah Berbunge) nyanyian Mr. Os
  • Jiwa Remaja nyanyian Rima Rashidi
  • Haru Biru Blues nyanyian Mr. Os

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah berjaya memperolehi kutipan sebanyak RM3.5 juta di pasaran tempatan dan RM20 juta di pasaran antarabangsa.

Filem ini turut memenangi anugerah juri di Academy Award 1988 untuk filem Melayu paling unik.

Pelakon Robert De Niro pada mulanya telah dipilih untuk membintangi filem ini memegang watak utama sebagai Os. Beliau menarik diri di saat akhir apabila memilih untuk membintangi filem The Mission bersama Jeremy Irons.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]