Mswati III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mswati III (dilahirkan Makhosetivepada 19 April 1968) dari Swaziland merupakan raja Swaziland, dan ketua Keluarga Diraja Swazi. Dia menggantikan bapanya, Sobhuza II, pada 1986.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dia merupakan anak kedua dari 67 anak lelaki dari Raja Sobhuza II, dan anak tunggal bagi Ntombi Tfwala, juga dikenali sebagai Inkosikati LaTfwala, salah seorang isteri muda Raja. Dia dilahirkan di Hospital Raleigh Fitkin Memorial, hanya emp[at bulan sebelum Swaziland mendapat kemerdekaan daripada Britain, dan selepas dia dan ibunya keluar hospital, mereka tinggal dikediaman Raja Sobhuza di Etjeni berhampiran Istana Masundwini. Nama kelahirannya adalah Makhosetive (Raja Negeri).