Mudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mudi
Mudi hitam
Negara asalHungary
Trait
Berat Jantan 11–13 kilogram (24–29 lb)
Betina 8–11 kilogram (18–24 lb)
Tinggi Jantan 41–47 sentimeter (16–19 in)
Betina 38–44 sentimeter (15–17 in)
Bulu Kepala dan hadapan anggota diliputi oleh bulu pendek, lurus, dan licin. Di tempat lain, lapis bulunya beralun atau sedikit keriting secara seragam, sepanjang 3–7 sentimeter (1.2–2.8 in).
Warna Perang kekuning-kuningan. Hitam. Perang. Berwarna abu (kelabu biru). Merle biru, iaitu berbintik hitam, berbelang, -brindle atau -bertompok pada warna primer kelabu kebiru-biruan lebih cerah atau lebih gelap.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mudi[a] ialah satu baka anjing gembala dari Hungary. Ia berkait rapat dengan puli dan pumi, yang daripadanya ia terpisah pada tahun 1930-an. Ia terus digunakan dalam penggembalaan, serta penyertaan dalam pelbagai sukan anjing.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mudi pertama kali ditemukan sebagai baka pada tahun 1936 oleh Dr. Dezso Fenyes di Hungary. Di sana, ia dikenali sebagai "anjing penggiring". Mudi hampir lenyap sejurus selepas pengiktirafannya kerana banyak yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua. Baka ini kemudian diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1966. Pada 5 Januari 2022, mudi telah diiktiraf oleh AKC sebagai baka tulen.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Mudi ialah baka bertenaga tinggi dan cenderung untuik berjaya dalam penggembalaan dan ketangkasan. Mudi mempunyai jangka hayat 12–14 tahun dengan penjagaan betul. Mudi dewasa adalah setinggi 14–18 in (36–46 cm) dan biasanya seberat 18–29 lb (8.2–13.2 kg).[1]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Mudi perang kekuning-kuningan

Mudi mempunyai lapis bulu sederhana panjang dan jenis lapis bulu keriting. Mudi lahir dengan ekor dengan panjang berlainan daripada ekor kontot hingga ekor panjang penuh. Anjing yang lahir dengan ekor pendek atau ekor kontot semula jadi bakal ditandai dalam pedigri FCI.

Senaman dan kegiatan[sunting | sunting sumber]

Mudi ialah baka sangat aktif. Ia perlu dibawa untuk berjalan setiap hari, sama ada lama-lama, cepat-cepat, atau berjoging. Sebagai tambahan, ia mendapat manfaat daripada kawasan besar selamat supaya ia dapat bebas berlari. Ia memerlukan banyak larian dan senaman lain untuk kekal berada dalam keadaan baik. Ia suka bermain dan cemerlang dalam semua jenis sukan anjing seperti frisbee. Mudi dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, schutzhund, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Mudi yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[2]

Seekor mudi merle biru

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: مودي; Hungary: mudi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mudi Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2024.
  2. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. m/s. 81. ISBN 978-1-57779-106-5.