Mudim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mudim merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada orang yang menguruskan hal ehwal berkhatan (bersunat) bagi anak-anak lelaki dalam Islam. Ini kerana bersunat (membuang lebihan kulit pada kemaluan lelaki) adalah wajib dalam agama Islam.Kini masyarakat moden Islam di kebanyakan tempat meminta urusan berkhatan dijalankan oleh doktor atau ahli perubatan yang bertauliah.